Pages

Saturday, 16 September 2017

Ujian Teori Berkomputer (lesen kereta)

Assalamualaikum..

Aku ingat lagi masa tu lepas habis SPM kawan-kawan aku suma pakat kalot nak ambil lesen kereta...aku pon tak taulah kenapa diorang kaya sangat nak ambil lesen kereta yang mahal tu zzz~
Aku cakap kat mak dengan ayah aku kata nak ambik lesen....sebab kawan-kawan semua dah dapat lesen dah...huhu jeles weii!

Parent aku ok je boleh...tapi diorang kata lagi elok la kalau mahirkan bawa kereta dulu supaya nanti kat sana takdelah macam kekok sangat nak bawak kereta...Maka, start dari haritu...mak akulah yang jadi tenaga pengajar yang sabar mengajar aku yang tak pandai-pandai bawak kereta ni uhukk3

Mula-mula dekat dalam taman dulu....dalam sebulan jugak aku buat kerja tu...tak lama selepas tu mak aku suruh aku naik atas jalan....wohoooo! tau tak perasaannya????
Best gilaaa!! rasa dia macam excited habis seronok tapi takut tapi bahagia kahhh3 
Kira perasaan tu dicampur-campur la dalam hati tu (apa aku merepek ni ==')

Tapi apa nak buat lepas je naik atas jalan tu....aku rasa macam benci kat semua kereta yang ikut belakang aku...rasa frust..tekanan melampau...diorang ikut dekat sangat..dahlah aku bawak macam siput sedut huhuhuhu...

Hari demi hari...minggu demi minggu,bulan demi bulan aku pon semakin cekap walaupun mula-mula tu terhegeh-hegeh nak bawak...padahal auto je pun ekekekekkee 

Tak lama lepas tu kami pergi daftar kat Driving School...menurut sekolah tu katanya harga 
Auto dengan manual lain..kalau auto RM1250,manual RM945 pada tahun. Mahal gilaa! apa salah auto hukk3.

Kami buat keputusan nak ambil kereta auto...sebab...sebab...sebab macam senang kot?.
Lepastu menurut ayahku nak belajar manual ni boleh tapi susah...lagi-lagi bila nak tukar gear tu kena tekan clutch...nak naik bukit lain cerita pulak huhu...lagipon ayah aku kata tak nak bagi aku stress...rilek-rilek sudah kahh3

Tibanya hari pergi ke ceramah kereta tu...yang malangnya aku terlupa bawak IC sendiri..aduuhhh~ tapi mujur...masatu baru 8.20 start ceramah tu pukul 8.30-4.00..berlari-lari aku masuk rumah nak ambik IC dan..akhirnya ceramah tu bermula pada pukul 9.00+++a.m.. aku macam udang terbakar akibat berlari masuk rumah dia boleh start lambat.. nilah  melayu kata 8.30 sekali start nak dekat 9.30.

Masa mula-mula dia bagi kami kertas ujian , dalam tu ada ujian buta warna...takpela kami pon hantar kertas tu semua lulus alhamdulillah~ tiba-tiba dia cakap "dalam ni 50 orang semuanya kelas D"
aku masih blur sebab tak paham D tu apa ☹...sekali dia cakap "dalam kelas ni semua ambil lesen kereta manual kan ?" dia cakap "sape yang ambil auto sila keluar sekarang" terpinga -pinga habis aku.. aku sebenarnya nak keluar bangun tapi....malu huaa3

Tak lama lepas tu ada sorang abang tu umur dalam 20++ kot...dia cakap "saya ambil lesen kereta manual pastu india tu cakap,"asal tak cakap awal-awal sebelum masuk sini...???'" dia balas balik
"saya dah cakap nak ambik lesen auto haritu" masatu semua mata dalam kelas tertumpu kat dia...aku tengah bayangkan kalau aku jadi abang tu...tak sanggup wei! nampak macam janggal habis.

Lepastu penceramah india tu kata pergi bincang balik dengan cina yang kami daftar mula-mula tu..
Aku ambik keputusan nak keluar jugak ikut abang tu...sambil- sambil aku tengah terfikir nak bangun ke tak aku ada dengar suara-suara kat hujung telinga aku, diorang sembang "Eh tak rugi ke ambil auto ? " huh sabar jela.. lalu aku berdiri dan bangun keluar.

Sembang punya sembang akhirnya aku dapat tukar ke auto.Walaupun sebenarnya masa kat kelas tadi pon hati aku berbolak -balik samada nak tukar ke takyah.

Slot pertama pun habis kami rehat dari pukul 10.00-10.30 setengah jam je..ada makanan dia hidang kat depan tu..yang budusnya aku ingat makanan tu free...mujur aku ambik sikit je. 1/2 mee ,+  1/2 bihun + telur mata = RM 3.00

Masuk balik ke kelas yang berekon setelah kekenyangan. Penceramah ditukar melayu pulak dan agak berumur.. masa dia sembang pasal undang-undang tu dia tanya " saya dapat tau ada 2 orang dalam kelas ni ambil auto sape ye?" aku blur lagi ya Allah semua orang tengok aku..sampai kawan belakang tu tegur.."wei angkat la tangan". sungguh awkward rasanya. Penceramah tu  tanya kat aku dengan abang tu.." kenapa kamu nak ambik kereta auto ni? mesti kamu tau kelebihannya cuba bagitau"
Masatu aku dah rasa lain macam..kenapa pulak penceramah ni asyik mention pasal auto ni padahal 2 ketul je pun yang ambik lesen DA ni. Seminit selepas itu dia cakap..."kamu nak tau tak apa kelebihan kereta auto ni?".."kelebihan kereta auto ni..mahal la hahaha",,,maka semua orang yang ada kat situ gelak kat kami dua orang. Keadaan yang sungguh stress okay!

Rasanya dah banyak dah ni..to be continue part 2 ambik ujian undang-undang.