Pages

Saturday, 12 October 2019

Resepi terung goreng belado

Bahan kisar

🌸Cili campur-campur 7 tangkai
🌸Bawang besar 1 biji
🌸Bawang putih 3 ulas

Bahan lain

🌸Sos tiram

Cara-cara

1. Panaskan minyak
2. Goreng terung sehingga layu/brown
3. Angkat dan toskan
4. Goreng ikan bilis
5. Tumiskan barang kisar sehingga pecah minyak
6. Masukkan garam gula, aji dan sos tiram, tambah  sedikit air
7. Masukkan terung dan ikan bilis.
8. Siap!

Thursday, 29 August 2019

Resepi kuey teow goreng


Bahan kisar
🌸Cili masak 4 tangkai
🌸Bawang besar 1 biji
🌸Bawang putih 3 ulas

Bahan lain
🌸Cili kering yang telah dikisar
🌸Taugeh
🌸Sayur sawi
🌸Ayam
🌸Sos tiram
🌸Kicap
🌸Kuey teow

1. Panaskan minyak
2. Tumiskan barang dikisar dan cili kering sehingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam /sotong /udang
4. Masukkan penambah perisa, sos tiram, kicap
5. Masukkan kuey teow
6.Last sekali masukkan kuey teow

Resepi kangkung goreng belacan


Bahan diperlukan
🌸Bawang besar 1/2 biji
🌸Bawang putih 3 ulas
🌸Belacan 1cm
🌸Cili merah 1 tangkai

Semua bahan diatas perlu ditumbuk

💮Kangkung

1. Panaskan minyak
2. Tumis bahan diatas sehingga naik bau
3. Tambahkan sedikit air
4. Masukkan sedikit bahan perasa, garam dan gula
5. Akhir sekali masukkan kangkung. Jangan lama sangat nanti layu. Siap!



Wednesday, 20 March 2019

Resepi Ayam Masak Merah mudah dan sedap

Hi assalamualaikum harini aku nak share resepi ayam masak merah yang sangat mudah untuk beginner.. ni first time aku try buat ayam masak merah...tengok bermacam-macam resepi kot
tapi aku ubah suai sikit ikut suka hati.

 Jadi bahan-bahan yang diperlukan ialah:

🌼Bawang besar - 1 biji  (kisar)
🌼Bawang putih - 3 ulas (kisar)
🌼Bawang Holland) (1/2 biji)

🌻Cili blend ( agak2 je ni)
🌻 Minyak untuk memasak
🌻Sos cili ( 2 sudu )
🌻Sedikit air
🌻Bawang Holland (1/2 biji)

🐓Ayam (4-5 bahagian)
🐓Gaul dengan 2 sudu serbuk kunyit dan garam
🐓Goreng / Air fryer ( aku guna air fryer je sebab konfem masak dan tak perlu pakai minyak)

Habis dah bahan yang diperlukan sikit je kan ? resepi ni langsung takde pewangi serai bagai sebab adik aku tak suka wangian-wangian tu bagai. takpe yang penting sedap

Ok jadi cara-caranya ialah:
1. Blend bahan kisar iaitu yang bertanda 🌼

2. Dah settle blend, ketepikan dia dan panaskan minyak dalam kuali...dalam 7-8 sudu minyak

3. Bawang Holland yang 1/2 biji tu hiris dan goreng dulu lalu toskan.

4. Menggunakan minyak yang sama tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau.

5. Masukkan pula cili blend dan tumiskan sehingga pecah minyak.

6. Kemudian masukkan sos cili , garam dan gula secukup rasa, agak-agak je, aku tambah Hilal sikit untuk perasa.

7. Ayam yang telah digoreng dimasukkan ke dalam masak merah tadi.

8. Masukkan bawang Holland yang digoreng tadi gaulkan dengan ayam dan siap lalu bolehla dimakan dengan nasi.

Alhamdulillah mendapat pujian dari family..cubalah! 😉

Beginilah hasilnya