Pages

Wednesday 20 March 2019

Resepi Ayam Masak Merah mudah dan sedap

Hi assalamualaikum harini aku nak share resepi ayam masak merah yang sangat mudah untuk beginner.. ni first time aku try buat ayam masak merah...tengok bermacam-macam resepi kot
tapi aku ubah suai sikit ikut suka hati.

 Jadi bahan-bahan yang diperlukan ialah:

🌼Bawang besar - 1 biji  (kisar)
🌼Bawang putih - 3 ulas (kisar)
🌼Bawang Holland) (1/2 biji)

🌻Cili blend ( agak2 je ni)
🌻 Minyak untuk memasak
🌻Sos cili ( 2 sudu )
🌻Sedikit air
🌻Bawang Holland (1/2 biji)

🐓Ayam (4-5 bahagian)
🐓Gaul dengan 2 sudu serbuk kunyit dan garam
🐓Goreng / Air fryer ( aku guna air fryer je sebab konfem masak dan tak perlu pakai minyak)

Habis dah bahan yang diperlukan sikit je kan ? resepi ni langsung takde pewangi serai bagai sebab adik aku tak suka wangian-wangian tu bagai. takpe yang penting sedap

Ok jadi cara-caranya ialah:
1. Blend bahan kisar iaitu yang bertanda 🌼

2. Dah settle blend, ketepikan dia dan panaskan minyak dalam kuali...dalam 7-8 sudu minyak

3. Bawang Holland yang 1/2 biji tu hiris dan goreng dulu lalu toskan.

4. Menggunakan minyak yang sama tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau.

5. Masukkan pula cili blend dan tumiskan sehingga pecah minyak.

6. Kemudian masukkan sos cili , garam dan gula secukup rasa, agak-agak je, aku tambah Hilal sikit untuk perasa.

7. Ayam yang telah digoreng dimasukkan ke dalam masak merah tadi.

8. Masukkan bawang Holland yang digoreng tadi gaulkan dengan ayam dan siap lalu bolehla dimakan dengan nasi.

Alhamdulillah mendapat pujian dari family..cubalah! 😉

Beginilah hasilnya