Pages

Tuesday, 9 August 2022

Resepi bbimbap

Banyak kali dah buat bbimbap tapi lupa nak letak sini. Ni untuk 2-3 org makan pun boleh sebab banyak dan kenyang

List sayur :
🥬 Bayam
🥕 Carrot
🥒 Timun
♥️ Taugeh kecil

ini adalah daging yang telah dipotong dan di perap dengan 
♥️sos tiram 
♥️bawang putih 
♥️garam gula

Sos gochujang :
♥️ Gochujang 
♥️ Kicap 
♥️ Bawang putih 
❤️ Minyak bijan
♥️ Sedikit gula (jika perlu)

Tumiskan sayur yang telah dipotong memanjang begini.
♥️ Timun 
♥️ Carrot 
♥️ Taugeh

Untuk bayam 🥬 hanya perlu celur, toskan dan gaul dengan minyak bijan + bawang putih

🌟Kalau malas rebus jela semua. Tapi sedap lagi kalau tumis minyak. Yela benda tak sihat memang sedap🙃

ni sayur yang telah ditumis dan goreng pulak telur sebiji

Letak nasi dan letak sos gochujang gaul2 dan makan! Sedap dia kalah bbimbap makan dekat myeongdong toppoki hehe kk bye. 

Resepi roti loaf basic

Masukkan dalam bekas ikut urutan

1. 180ml air
2. 1 sudu butter
3. 2 sudu gula
4. 1sudukecil garam
5. 1 sudu kecil softener 
6. Tepung 300gm
7. Bread improver 1 sudu kecil
8. 5g yis

🌸 Mode quick 
🌸 300gm
🌸 Light

🍞 BM Russell Taylor

Monday, 8 August 2022

Resepi telur tomato (tomato egg)


Hi assalamualaikum dah lama tak update. Sebab semalam baru buat resepi ni jadi jom.

♥️ Telur
♥️ Tomato
♥️ Garam dan gula
♥️ Sos tiram
♥️ Minyak bijan
♥️ Ajisho /lada putih 
♥️ Halia
♥️ Daun bawang (optional)
♥️ 2 telur

1. Mula2 tumiskan halia yang dipotong halus. Jangan banyak sangat
2. Masukkan tomato
6. Masukkan gula garam, sos tiram, minyak bijan, ajisho
7. Masukkan air sikit dan air tepung nak bagi pekat
8. Masukkan 2 telur yang dah dikacau dalam kuah tomato tadi tu. Biarkan seketika pastu baru kacau slow2 sebab taknak terlalu hancur.
10. Tutup api dan siap.

⭐⭐⭐⭐
Sedap jugak boleh repeat sebab simple je kalau taktau nak masak apa. Bahan pun tak banyak