Hi assalamualaikum. Nak share resepi kari ayam tanpa tumis. Senang gila. Sihat pun sihat la sikit kot sebab pakai minyak tak banyak.
Bahan-bahan: 🍗
🌸 Ayam 2-3 orang makan
🌸 Ubi 2 biji
🌸 Kulit kayu manis
🌸 Buah pelaga
🌸 Jintan putih
🌸 1 sudu minyak masak🌸
🌸 1/2 bawang besar
🌸 Serbuk kari 1 sudu
🌸 Tomato (optional)
Bahan tumbuk: 🤕
🌸 Halia
🌸 1/2 Bawang besar
🌸 3 ulas Bawang putih
🌸 Cabai besar 2
*kalau tiada guna cili kisar masukkan je terus dalam kuali
Masukkan bahan-bahan diatas 🍗🤕di dalam satu kuali dan gaulkan
Cara- cara 🔍
1. Gaul dan masukkan air
2. Biarkan ia mereneh sehingga pecah minyak
3. Masukkan santan, garam, gula dan penyedap rasa.
4. Tutup api dan hidangkan
Rasa dia sedap 4.5/5. Lain sikit rasa dia dari kari biasa kita buat. Tapi lagi mudah gitu