Pages

Tuesday, 28 February 2023

Welcome 2023 !~



Tiba- tiba je dah masuk tahun 2023. Tahu-tahu dah 25. Rasa macam baru je ambik muet,belajar bawa kereta. Study itu ini... tahu- tahu dah masuk tahun baru. Aku berterima kasih dan bersyukur sebab masih lagi diberi peluang untuk hidup. Orang kata, masa muda kena habiskan dan isi masa tu dengan ilmu baru.



Aku sentiasa cuba nak upgrade diri kearah yang lebih baik, kadang culas, kadang iman tu naik turun. Kadangkala cemburu melihat kejayaan orang lain. Untuk lahirkan rasa bersyukur itu payah. Jadi kenalah tengok orang yang berada di bawah agar dapat melahirkan kesyukuran dalam diri. Selalu terfikir, apa yang aku dah buat sepanjang 25 tahun hidup. Umur yang di pertengahan. In the mid gitu. 




Azam tahun baru tak banyak. Cuma nak fikirkan apa yang aku nak capai dalam hidup ni . Jenis kehidupan apa yang aku nak jalani. Baca buku motivasi/islamic, gain more knowledge and skills. Semakin dewasa makin kita fikirkan hala tuju kehidupan. Memikiran sangat pun tak baik tapi rasa  macam kena fikir jugak haha. Entahla.. 

Ketika ini , aku hanya berfikir action takde lagi. Sekadar coretan di petang hari sebab tengah hujan kot hahaa feeling lebih. Ingat macam nak cuba aktifkan blog ni, mungkin nak coretkan kisah kehidupan aku kat sini pulak. Dari sekecil2 pengalaman hinggalah pengalaman yang besar dalam hidup aku. Membaca kembali kenangan itu perkara yang menyeronokkan.  Ada orang buat story ig, facebook , mungkin juga twitter.  Okay je share semua kat situ, cuma aku rasa macam kalau aku tulis kat situ, lebih kepada nak share kepada kawan2. Niat macam dah lari sikit. Kalau di blog aku rasa macam , aku menulis untuk diri aku dan kalau ada yang terbuka mahupun terbaca , mungkin boleh dijadikan pengalaman atau apa-apa sahaja yang dapat membantu. 

Mula-mula aku tulis pasal muet on demand. Post paling banyak orang view dan komen. Tak pernah teredetik yang orang akan baca penulisan yang masatu aku rasa macam merapu, sebab yela tulis apa yang kat ada dalam otak terus post. Siap ada orang repost letak penulisan aku kat blog artikel dia Hahaha.. teringat orang baca tu rasa geli hati. Ada yang komen, ada jugak yang email bertanya soalan. Membantu itu suatu perkara yang menggembirakan. Sebab dulu masa aku ambil muet on demand tu, takde satu sumber pun yang aku jumpa. Pergi tu memang blur ,takde guide , takde sape nak bagitau info atau tips apa-apa.

Kat blog ni jugak adala sekali- sekala masukkan resepi. Tapi kadang- kadang je rajin nak tangkap gambar. Selalu masak- masak terus makan. Tak sempat nak upload hehee. Jadi resepi yang ada tu lebih kepada untuk diri sendiri, takut lupa .Nanti senang nak rujuk balik .

Tak reti sangat menulis, sekadar meluahkan apa yang ada kat kepala sekarang. Patutnya tulis kat diary je. Tapi kat sini jela sebagai pembuka 2023 ceh. Okay dah tu je. Assalamualaikum..