Pages

Monday 23 October 2023

Pengalaman kursus di Public Bank Training Centre

Hi assalamualaikum. Harini rasa nak cerita tentang pengalaman aku sepanjang kursus di public bank.

Kursus tu 9 hari je. Jadi untuk first day tu kami kena check in kat hotel. Dia bagi kami hotel dekat "The Mines Beach Resort" patutnya stay dekat ITTC (training centre) Tapi sebab dah penuh. Jadi kami stay kat situ. Untuk makanan hotel dia bagi makan malam je. Breakfast dan lunch dekat training centre tu.

Kiranya program dia macamni. Pagi tu sebelum kol 8 dah kena tunggu untuk naik bas. Sebab kol 8 tepat dia gerak. Dan waktu dia ikut office hour. Start class pukul 8.45am - 5.45pm. Pagi tu masuk je kat dalam bank dia akan bagi kita pass sementara digantikan dengan IC/Lesen. Balik kena ambik baliklah. Kalau takde pass tu takleh masuk. 

Kemudian breakfast dalam pukul 8.30am. Makanan tu satu je lauk sehari. Eh faham ke. Maksudnya contoh harini kuey Teow goreng dan telur rebus. Ha semua orang makan yang tula. Untuk esok pulak cth, nasi goreng, nasi lemak, biuun, Roti canai. Akan disediakan air kosong, air teh dan kopi. 

Class bermula dalam pukul  8.45am

Lunch break pukul 10.30 atau ikut trainer lah. Makanan pulak kuih muih cthnya burger Malaysia, popia goreng, tepung talam, samosa dll. Selalunya akan ada dua tray dan dua jenis kuih. Untuk air, ada dua jenis iaitu air teh dan kopi panas.

After habis break time 15 min akan continue untuk belajar dan tunggu untuk lunch time. Jadi kat sini lunch akan ikut trainer. Kadang diorang bagi pukul 1pm kadang tu pukul 12.30pm. Tapi total 1 jam. Untuk muslim ada kelonggaran sikit masuk lewat 15 min. Tapi kena inform siap-siap kat trainer.

Waktu lunch ni makanan memang banyak. Ada sampai 2-3 lauk, penuh pinggan. Kena beratur dulu la kat kafe.

Kenyang sangat. Ambik nasi sejemput je yang lain semua lauk hehe. Kadang tu sampai taktau lauk apa diorang masak. Ada ayam kurma, ikan dory sweet sour,tauhu telur, pak choy, salad, ulam- ulaman. Semua makanan sedap-sedap

Lepas pada Lunch tu gerak ke surau. Surau tingkat yang sama dengan Cafe. Hanya ada 1 surau kecik je dekat sini. Telekung kalau boleh bawak sendiri dan tak digalakkan guna telekung awam atas faktor kebersihan. Diorang tak sangkut pun telekung . Cuma letak dalam kotak-kotak.

Start la balik kelas pukul 2 macam tu sampai la break hour. Lagi sekali kuih-kuih yang sama macam kata atas tu. Sambung belajar sampai pukul 5.45 balik.

Kena gerak ke gate belakang untuk naik bas balik. Selalunya pukul 6 dah sampai. Rushing sikit balik rumah untuk solat asar. Sebab perjalanan dari ITTC ke Hotel ambik masa 15 min.

Oh ya dinner time start pukul 6pm sampai 9.30pm. Jadi kalau nak makan awal boleh lewat pun boleh. Selalunya pukul 6 tu makanan panas-panas lagi. Macam aku selalu turun lepas maghrib dengan kawan2.

Baru perasan takde gambar banyak untuk menu malam huhu. Sebab dah letih kot lepastu makanan sedap-sedap jadi tak sempat snap. 

Untuk makan malam memang A+. Ada ABC ada waffle ada kek- kek ada agar - agar, buah-buahan, salad. Main course pulak ada spaghetti, nasi lauk, ayam bbq, ada roti garlic sip cendawan, chicken soup, mee/bihun tomyam. Mee sup. Air je ada satu jenis. Tapi overall memang best. Belajar sampai vacation gitu.

Nila suasana dekat the mines beach resort. 
Satu bilik 2 orang. Awal tu kami stay dekat bangunan yang banyak tingkat. Tapi tak lama dia offer tanya nak tukar ke villa tak. Bilik kat villa ni kelebihan dia jauh lebih besar. Cuma view depan tu je view tasik. Overall pengalaman yang bagi aku berharga sebab first time kursus kot hehee. Ok lah tu je coretan harini. Bye assalamualaikum