Pages

Tuesday 28 November 2023

Book : Khadijah Isteri Rasulullah by Abdul Latip Talib

Assalamualaikum harini rasa nak cerita pasal buku sikitlah. 

Buku ni aku jumpa dekat library. Memang rutin bila habis baca pulang atau renew..dulu aku suka baca novel - novel cinta, novel misteri terutama ramlee awang mursyid, novel fantasi dll.

Bila meningkatnya umur, rasa macam kena tambah ilmu. Jadi lately ni I'm more into self help, buku sejarah lama dan buku agama. Bagi aku baca buku ni sama macam tengok movie, tapi kadang tu lagi best sebab imaginasi sendiri. Bila aku rasa bosan baca buku self help atau buku2 yang serius, aku akan tukar kepada novel sejarah macam ni.. Jadi harini aku nak share dan review sikit tentang buku yang ditulis oleh Abdul Latip talib ni.

Novel ni banyak kepada dialog. Jadi boleh dibaca secara santai dalam masa yang sama fakta dalam tu pun ada.. Contoh dialog dia berbunyi macam ni. 

Kadang tu rasa teruja dan ada sedikit aneh sebab ada dialog yang direka hehe, tapi aku suka buku jenis macam ni. Sebab terdapat fakta dan kronologi setiap satu perjalanan. Contoh ada satu novel yang sebelum ni tajuk dia Srikandi. Cerita tentang Aminah dan Abdullah. Faktanya lebih mudah diingati berbanding kita baca biodata. Contoh aku masih ingat nama sepupu Aminah yang bernama Halah, ibu2 susuan nabi. Bagaimana Aminah meninggal ketika dalam perjalanan. Bagaimana Abdullah meninggal ketika berdagang dan sebagainya dan detail - detail lain . Contohnya Hamzah iaitu anak kepada Halah. Kadang baca novel mcmni buatkan aku rasa aku yang berada di tempat kejadian jadi senang la nak ingat 

Masa awal aku baca buku khadijah ni pada muka surat depan - depan . Aku excited betul sebab dalam novel lagi satu(penulis orang lain) abu talib dan Abdul mutallib ni diorang ramai-ramai berbincang tentang apa perlu dibuat masa tentera abrahah nak serang kota mekah. 

Eh tiba2 dalam novel khadijah ni, abu talib sebenarnya pergi jugak berjumpa bapa kepada khadijah iaitu Khuwailid untuk menceritakan tentang apa yang berlaku. Haih cemana nak cerita eh. Dia macam novel yang bersambung macamtula. Haha tak reti cerita stress.. 

Dari keseluruhan novel ni dapat dilihat yang khadijah ni seorang yang sangat pandai berdagang, cantik, kaya dan sentiasa menyokong nabi. Oh ya ketika orang lain kebanyakan menyembah berhala, keluarga khadijah sama sekali tak sembah berhala. Khadijah juga berkahwin x2 dan mempunyai 2 anak perempuan dan 1 anak lelaki sebelum berkahwin dengan nabi Muhammad. Oh ya ni cover dan sinopsis buku. 

Kadang kan bila baca buku macam ni tengok akhlak sahabat, akhlak muslimah zaman dulu dan nabi. Buatkan aku rasa banyak yang perlu muhasabah dan perbaiki diri. 

Istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara itu tak mudah, nak jaga tutur kata, nak jaga solat, buat amalan tambahan dll. Selagi ada masa boleh tambah amalan nak bagi Allah sayang buatlah..Random sangat ni. Tapi tulah sebab type pukul 2 pagi kot 🥴

Sebenarnya lepasni target nak buat Quran journaling. Haritu ada naik kat ig. Quran journaling ni kan lebih kepada kita kaji setiap surah dan tafsir, kita buat nota yang bagi kita sendiri faham. Bukak YouTube. So that bila kita dengar je tajuk surah atau baca ayat tu dalam bacaan solat, otak kita auto akan tau lebih detail tentang surah tersebut. 

 Tadaaa~ comel kan. Semua beli kat eco je

Ada satu tu aku baca katanya, sementara muda ni gali la ilmu sebanyak mungkin buat amalan sunat masa muda sebab masa muda ni tenaga masih kuat, otak dan pun masih cergas. Jadi kita usaha la semampu mungkin. Semoga kekal istiqamah. Kk tu je bye