Hi assalamualaikum.. Dah lama tak menulis. Tak ingat last buat entry bila. Banyak benda tak tertulis lagi ni. Oh ya..saya..eh guna saya jela eh sopan sikit.. Hehe. Saya dah dapat kerja baru 🥰🥰🥰 alhamdulillah. Berhenti dari kilang switchboard kat Kuantan tu terus balik semula ke Perak bekerja sebagai. Technical executive dekat rahsia 🫢. Tapi ni kita nak buat entry lain la. Harini nak cerita tentang Ipoh!
Haritu kan cuti 2 hari Isnin dengan Selasa. Alaa cuti PMX bagi tu. Jadi 4 hari.. Memang 0 plan. Tapi fikir balik eh tak boleh ni kena jugak pergi mana-mana. Rasa rugi kalau dok rumah sebab masa tu rasa sekejap 😂. I kenot.. Jadi kami decide nak pergi ke Taiping! Welp hari Sabtu tu rehat. Hari ahad pagi tu dah gerak ke Taiping konon nak walk in hotel la hahaha. Tak dapat full house sangat.
Tapi nak share jugak gambar-gambar kat Taiping.
Ni memang unbeatable. Rojak dia sedappp sangat3. Rangup di luar lembut di dalam, makan bersama kuahnya yang manis. Mee pun samaa. Ni memang tempat wajib pergi Ianya bertempat di pasar area ninso rm2 tu ya.
Taraa. Tempat first yang pergi mestila Tasik Taiping.. Terpaling harapan la. Bawa buah mangga, popcorn dengan air gas. Hilang diet ku huhu. Enjoy la kat tasik tu. Pastu ingat nak gi zoo.. Parking takde. Full memang padat dengan manusia. Maklumlah, kan cuti sekolah. Jadinya kami tak dapat hotel. Pastu balik terus ke rumah.
Esoknya randomly umi ajak gi ipoh pulak. Lahh baru je bincang tapi tak confirm. Tapi ajak-ajak tu terusla onz. Maka gerak la kami ke Ipoh tiber hahaha. Tapi seronok macam ni. Kalini dah tak walk in eh. Tak berani..jadinya book siap- siap dari booking.com. Dapatla bilik comel mur2 je.. Comel biliknya sesuai untuk kami 3 orang. Dan bersihhh. Econ pun sejuk.
Triple Room : 1 Queen + 1 Single
Okay pagi-pagi tu kami berhenti dekat jagung ni dulu, sini jagung-jagungnya maniss sangat dan rangup +murah sedap. Lunch terus kat situ, beli jagung cup dan jagung sebenar dulu.
Ini ayam goreng + tempe tahu sambal+kangkung belacan. Tak sangka sedap 😋
Sedap cukup masin manis lemakk
See the colour. Sangatla yellow keemasan. Rasa tak sama macam yang beli kat pasar malam tu.
Setelah lebih kurang sejam perjalanan sampai la Ipoh. Alhamdulillah..mula - mula nak pergi tasik chermin. Astaghfirullah ramai yang amat. Jem memang jem yang tak dibuat - buat. Orang beratur panjang sangat. Sampaikan kaunter tutup. Dia cakap akan bukak balik pukul 2pm. Habis masa kat situ saja huhu. Pastu try nak tengok Hot spring pulak. Lagi ramai 😂 satu bas nyonya cina turun. Takleh-takleh. Tak sanggup. Last-last otw keluar dari simpang Hot spring tu nampak ada kedai comel je tepi tasik.
Cantik, macam dok dalam fairy tail
Biru kann
Kari Ikan dia sedap! Recommend. Tak perlu kuah lain. Yang ni Kari Ikan (jenahak kot) + Bayam.
Memang enjoy sangat makan kat sini dengan air biru nya. Takyah gi overseas kot hahaha. Dah settle enjoy view dengan makan kami pun balik hotel.
Petangnya kami ke Taman D. R kat Ipoh ni bolehla sekadar untuk habiskan masa petang. Takde apa sangat rasanya. Ada orang jual sikit-sikit kat area tu.
Malam kita cari la pulak tempat menarik hasil search kat tiktok huhu
View sini malam-malam cantik. Lagi best kalau boleh naik kereta comey tu. Tapi nampak budak-budak je tu yg naik 🫠. Kedai pizza yang viral tu pun full house. Beratur punyala panjang. So no
Next pergi ke Ipoh Night town! Macam-macam ada kat sini. Makanan hiburan, jualan. Tapi kami pergi ke bahagian makan je hehhe. Rambang mata tengok
Ada beli bihun sup, nasi goreng, sosej cheese dengan ball-ball kuah rojak kacang tu tak ingat nama. Tapi tak sempat snap. Alhamdulillah sedap semuanya. Tempat pun sejuk sebab dia letak air cooler kat situ 🤭
Maka kami pun balik dengan perut kekenyangan. Esoknya dah last day. Jom tidur.