Semalam buat chicken nanban lagi.. Rupa dia memang takleh go ๐. Tapi resepi yang ni memang semua puji banding yang sebelum ni
Bahan- bahan
Perapan dan goreng
๐ธ Ayam
๐ธ Lada putih
๐ธ Serbuk ginger
๐ธ Serbuk bawang putih
๐ธ Telur 1 biji
๐ธ Kicap manis
๐ธTepung gandum
๐ฟTepung ubi
Perap ๐ธ selama 30 min
Sos kicap untuk ayam
♥️ 2 sudu kicap manis
♥️ 1/2 sudu minyak bijan
❤️ 1 sudu air
Sos mayo
๐ณ Telur rebus 1 biji
๐ Kewpie mayo
๐ Daun bawang
๐ 1 sudu sos kicap kita buat tadi
๐ Lada putih
Cara- cara
1. Selepas perap ayam. Lebihan telur tu asingkan. Celup ayam dah diperap dekat tepung ubi dan masukkan semula dalam telur dan gorengkan sehingga masak (potong ayam kecik2 untuk senang masak)
2. Sementara itu buat sos mayo. Dah rebus telur tu. Masukkan telur dalam mixer/hancurkan guna garfu. Kemudian masukkan semua bahan ๐
3. Ayam yang dah digoreng lalu diangkat boleh siram/celup dengan sos kicap.
Dah siap. Boleh letakkan sos mayo tu ke atas ayam yang dah disiram kicap tadi. Garnish dengan daun bawang. Better ada bawang holland sebenarnya. Ok dah itu je ๐



0 comments:
Post a Comment