Pages

Saturday, 4 June 2016

Dapat offer UPU yay!

Alhamdulillah..syukur kepada Allah..akhirnya aku ditawarkan UPU..sungguh ku tak sangka rezeki aku..

Aku dapat pilihan ke 2 daripada 12 pilihan..sebenarnya aku pun tak faham apa fungsi sampai kena buat 12 pilihan..jenuh pikir time nak isi tu.

Sebenarnya waktu untuk cek keputusan UPU tu pukul 12 tengahari..tapi aku dapat tau pada pukul 9 pagi..aku tau pasal maklumat boleh cek awal pun melalui group SPM 2015...banyak info yang aku dapat dari group tu.

Mula -mula aku nak cek tu seram la jugak..sebab benda tu tak official lagi..yelah patutnya pukul 12 tengahari,ni aku cek awal pagi lagi...takut ada effect kat keputusan UPU yang sebenar nanti...tapi aku beranikan diri mengisi IC aku 98..........

TAHNIAH! anda telah berjaya ditawarkan pengajian seperti berikut :




Ok sebenarnya aku terlupa nak tangkap gambar semakan online...jadi aku tangkap gambar surat tawaran je hew2.

Tapi kan lepas je aku membaca bait-bait tersebut aku macam ya Allah betul ke ni? 
Kalau orang lain mungkin dia rasa macam biasa je atau hm tak dapat kos yang aku nak..tapi aku excited giler tak kisah lah kos apa pun yang penting dapat! dengan mak aku pun sama excited dengan aku hahaha..moment tu memang tak boleh dilupakan.. ^_^ 
Sampailah keputusan yang officialnye keluar pada  pukul 12...even aku dah tau dapat mana..tapi still nak kena konfemkan ok!

Diploma kejuruteraan elektrik (elektronik ) ni 5 sem..maksudnya 2 tahun setengah macam tu kot....kalau macam kos aku ni satu sem RM700 kos lain-lain murah lagi.








Friday, 3 June 2016

Kisah Ku : Matrik, Diploma, Form 6

Assalamualaikum.

Cerita pasal matrik ni...sebenarnya sejak dari form 4 lagi angan-angan aku nak masuk matrik sebab ayah aku pun bekas student matrik jugak...so aku pun berangan nak ikut jejak ayah aku wkwkwk..Jujurnya itulah sebab utamanya.

14.4.2016 (12.00 malam)

Disebabkan aku rasa  macam tak nak tidur awal...jadi aku pun berjaga la malam tu. Tiba tiba ada orang post dekat group yang keputusan matrik dah boleh cek. Lepas je aku dapat tau...aku terus bukak website matrikulasi. Punyalaa berdebar, nak tau keputusan.

Malam tu aku buat solat hajat. Selesai je aku solat...maka aku pun mengisi tempat kosong yang memerlukan IC aku. Bismillahirrahmanirrahim....

"harap maaf... bla3"...

Masa tu aku punyalah kecewa..mula-mula tu sedih jugak. Sampai sejam aku tak leh tido mengenangkan nasib. Huhu...macam la lama sangat. Sejam je pun. Esok pagi tu aku ok balik...sambil memikirkan mungkin ada hikmah sebalik kejadian.

Aku bukak je FB orang post sana sini pasal matrik. Aku hide post semua cerita pasal matrik supaya aku dapat melupakan tentangnya... aiceyhh~

Aku cek website untuk form 6 pulak...dapat aliran sains. Rasa  macam nak pergi tapi ramai yang kata susah form 6 aliran sains ni...buat aku hilang confident. Aku dapati ramai classmate aku yang dapat form 6 macam aku..ada yang sains ada yang kemanusiaan. Masa tu aku dah 50/50.

Ayah aku pulak suggest aku masuk IPTS...Tapi of course lah mahal...berbelas-belas k jugaklah. Aku apply UniKL, Uniten dan KTP. Kat UniKL aku apply course farmasi. KTP course engineering diploma.

Uniten pulak aku apply course electrical engineering. 1 sem RM6300. Berbeza harga dia untuk setiap course. Uniten ni bagi aku ada kelebihan dia iaitu pada foundation, setahun je sebelum buat degree ala-ala asasi gitu tapi versi bayar la.. total ada 3 sem untuk foundation saja.

Uniten aku dapat offer course yang aku nak tu. Ayah aku siap dah bayar rm30 untuk apply. Nampak tak...belum masuk dah kena bayar haha.

Harapan ke IPTA macam tipis sangat... dah la asyik keluar " 60,000 daripada 300,000 calon SPM yang dapat UPU " huhuu. Peratus aku tercalon tu memang rendah giler.

Dalam menanti result UPU tu...aku agak stress membayangkan kalau kena habiskan duit ayah aku untuk masuk swasta... dengan UPU yang ntah dapat ntah tidak..rayuan matrikulasi lagi. Arghhhh!
.....
.....
.....

Sehinggalah tiba hari cek keputusan UPU
.....

Next post...