Aku dapat pilihan ke 2 daripada 12 pilihan..sebenarnya aku pun tak faham apa fungsi sampai kena buat 12 pilihan..jenuh pikir time nak isi tu.
Sebenarnya waktu untuk cek keputusan UPU tu pukul 12 tengahari..tapi aku dapat tau pada pukul 9 pagi..aku tau pasal maklumat boleh cek awal pun melalui group SPM 2015...banyak info yang aku dapat dari group tu.
Mula -mula aku nak cek tu seram la jugak..sebab benda tu tak official lagi..yelah patutnya pukul 12 tengahari,ni aku cek awal pagi lagi...takut ada effect kat keputusan UPU yang sebenar nanti...tapi aku beranikan diri mengisi IC aku 98..........
TAHNIAH! anda telah berjaya ditawarkan pengajian seperti berikut :
Ok sebenarnya aku terlupa nak tangkap gambar semakan online...jadi aku tangkap gambar surat tawaran je hew2.
Tapi kan lepas je aku membaca bait-bait tersebut aku macam ya Allah betul ke ni?
Kalau orang lain mungkin dia rasa macam biasa je atau hm tak dapat kos yang aku nak..tapi aku excited giler tak kisah lah kos apa pun yang penting dapat! dengan mak aku pun sama excited dengan aku hahaha..moment tu memang tak boleh dilupakan.. ^_^
Sampailah keputusan yang officialnye keluar pada pukul 12...even aku dah tau dapat mana..tapi still nak kena konfemkan ok!
Diploma kejuruteraan elektrik (elektronik ) ni 5 sem..maksudnya 2 tahun setengah macam tu kot....kalau macam kos aku ni satu sem RM700 kos lain-lain murah lagi.
0 comments:
Post a Comment