Pages

Sunday, 1 April 2018

Kos kejuruteraan elektrik elektronik susah ke?

Hai assalamualaikum. Aku nak cerita serba sedikit tentang kos ni

Alhamdulillah dah dekat 2 tahun jugaklah aku belajar kos ni. Aku bukanlah orang yang tepat nak bagi info sebab maklumat semua tu ada kat google dah. Jadi aku cuma nak cerita tentang macamana sebenarnya kos ni. Sebabnya awal2 aku dapat kos ni pon aku blur sebab takde idea langsung tentang kos ni..

Aku takdelah pandai sangat Physic masa SPM dulu tu lah sebabnya agak nyawa2 ikan nak survive dalam kos ni sebab aku memang langsung tak minat kos ni..masa SPM dulu bab nilah paling aku anti sekali.. psstt aku dapat C+ je untuk physic dulu kahh3.

Sebabnya yang apply UPU ayah aku tolong isikan pilihan no.3 dan seterusnya. no 1 dan no 2 aku pilih tapi tak dapat pulak.Tapi Alhamudulillah dapat jugak sambung belajar sebab dalam kelas aku betul2 4-5 orang je yang dapat offer UPU yang lain semua kena tunggu second intake punya matrik pun sama ramai yang buat rayuan.

Masa sem 1 korang akan belajar basic balik semua pasal Physic...dan juga pre-calculus lebih kurang macam math moden cuma ada tambahan 1-2 chapter. tapi physic tu akan pecah kepada 2 hahaha aku dah la biasa2 je physic memang result sem 1 aku agak teruk dapat GPA 2.98 sahaja. Bagi aku sem 1 subjek agak sikit, jadi banyak main je sebenarnya. Tu yang result kelaut.

Sem 2 akan mula belajar benda yang heavy sikit. subjek yang basic macam BI, Agama, tu ada.. tapi kalini dia akan ada 3 subjek tambahan iaitu Circuit 1 dan juga Calculus 1. Untuk circuit 1...aku taktau nak kata apa..subjek tu senang kalau lect ajar faham. Masalah akan timbul bila lect korang ajar tak faham maka akan berlaku kesusahan dalam subjek tersebut..make sure kalau ambik subjek ni tanya senior lect mana yang ajar faham. Sebab kalau circuit tak lepas. Circiut 2 pon akan teruk jugak. Untuk calculus 1 sebijik macam addmath SPM. Tapi takyah risau sebabnya takkan rasa sesusah SPM dulu..emm mungkin sebab dah berkecimpung dengan dunia nombor kot. result aku sem 2 pon agak teruk jugak. Lagu satu subjek measurement..yang ni pon subjek yang sederhana2 je. tak susah dan tak senang sangat

Dan sem 3 .Subjek yang terlibat ialah Circuit 2, Communication,ELC(b.inggeris),CTU(agama),Calculus 2 dan Electronic. Disebabkan aku punya result sem 1 dan sem 2 teruk gila. untuk sem 3 aku gigih sikit study. Aku start planning cara study semua. Dan benda paling penting aku target untuk score carrymark which is semua subjek tu adalah 60% carrymark and 40% final..jadi memang kena score banyak sikit. so that bila time final tak payah nak gigih2 study teruk. bolehlah tinggal nak selak2 apa yang patut. subjek yang berat sem 3 ni ele,ecm,cct,calculus.tapi Alhamdulilllah untuk subject circuit carrymark aku 35/40, calculus 38.3/40 ele 36.42/40 dan ecm agak rendah la 31/40

bagi aku pencapaian yang agak tinggi la untuk sem 3 sebab selama ni teruk je. untuk calculus dan circuit aku dapat highest score. and sebab final tu aku buat main2 untuk subjek ecm dan ctu. aku berhasil dapat B je lagipon 2 tu memang subjek membaca dan menghafal sampai tak larat. Disebabkan bio dulu pun aku tak boleh hafal terbawa2 sampai ke U. Dan untuk sem ni aku dapat GPA 3.70. InsyaAllah aku nak try maintainkan 3.00 keatas.

Sem 4

sedang menjalani~

Bagi aku kos ni tak susah sangat tapi tak senang sangat. Apa yang penting kena belajar je..tak kira la tercampak kat mana pun. result SPM dulu teruk ke tak layak ke...harung je dulu. belum cuba belum tahu..aku pun dulu pembenci tegar addmath tapi dekat U boleh dapat A. semua boleh ubah dengan mindset kita sendiri. Jangan anggap diri tu tak mampu . Sentiasa positifkan diri sendiri. Minat tak minat belakang kira.

Jadi bagi yang dapat kos ni boleh fikir masak2 dulu apa yang terbaik. Jangan dengar kata2 orang yang kata susah. tu semua nak menakut2kan selagi tak cuba belum tahu.Semua orang boleh berjaya asalkan ada usaha. Goodluck adik2 semua.

Assalamualaikum..