Hai assalamualaikum. Aku nak cerita serba sedikit tentang kos ni
Alhamdulillah dah dekat 2 tahun jugaklah aku belajar kos ni. Aku bukanlah orang yang tepat nak bagi info sebab maklumat semua tu ada kat google dah. Jadi aku cuma nak cerita tentang macamana sebenarnya kos ni. Sebabnya awal2 aku dapat kos ni pon aku blur sebab takde idea langsung tentang kos ni..
Aku takdelah pandai sangat Physic masa SPM dulu tu lah sebabnya agak nyawa2 ikan nak survive dalam kos ni sebab aku memang langsung tak minat kos ni..masa SPM dulu bab nilah paling aku anti sekali.. psstt aku dapat C+ je untuk physic dulu kahh3.
Sebabnya yang apply UPU ayah aku tolong isikan pilihan no.3 dan seterusnya. no 1 dan no 2 aku pilih tapi tak dapat pulak.Tapi Alhamudulillah dapat jugak sambung belajar sebab dalam kelas aku betul2 4-5 orang je yang dapat offer UPU yang lain semua kena tunggu second intake punya matrik pun sama ramai yang buat rayuan.
Masa sem 1 korang akan belajar basic balik semua pasal Physic...dan juga pre-calculus lebih kurang macam math moden cuma ada tambahan 1-2 chapter. tapi physic tu akan pecah kepada 2 hahaha aku dah la biasa2 je physic memang result sem 1 aku agak teruk dapat GPA 2.98 sahaja. Bagi aku sem 1 subjek agak sikit, jadi banyak main je sebenarnya. Tu yang result kelaut.
Sem 2 akan mula belajar benda yang heavy sikit. subjek yang basic macam BI, Agama, tu ada.. tapi kalini dia akan ada 3 subjek tambahan iaitu Circuit 1 dan juga Calculus 1. Untuk circuit 1...aku taktau nak kata apa..subjek tu senang kalau lect ajar faham. Masalah akan timbul bila lect korang ajar tak faham maka akan berlaku kesusahan dalam subjek tersebut..make sure kalau ambik subjek ni tanya senior lect mana yang ajar faham. Sebab kalau circuit tak lepas. Circiut 2 pon akan teruk jugak. Untuk calculus 1 sebijik macam addmath SPM. Tapi takyah risau sebabnya takkan rasa sesusah SPM dulu..emm mungkin sebab dah berkecimpung dengan dunia nombor kot. result aku sem 2 pon agak teruk jugak. Lagu satu subjek measurement..yang ni pon subjek yang sederhana2 je. tak susah dan tak senang sangat
Dan sem 3 .Subjek yang terlibat ialah Circuit 2, Communication,ELC(b.inggeris),CTU(agama),Calculus 2 dan Electronic. Disebabkan aku punya result sem 1 dan sem 2 teruk gila. untuk sem 3 aku gigih sikit study. Aku start planning cara study semua. Dan benda paling penting aku target untuk score carrymark which is semua subjek tu adalah 60% carrymark and 40% final..jadi memang kena score banyak sikit. so that bila time final tak payah nak gigih2 study teruk. bolehlah tinggal nak selak2 apa yang patut. subjek yang berat sem 3 ni ele,ecm,cct,calculus.tapi Alhamdulilllah untuk subject circuit carrymark aku 35/40, calculus 38.3/40 ele 36.42/40 dan ecm agak rendah la 31/40
bagi aku pencapaian yang agak tinggi la untuk sem 3 sebab selama ni teruk je. untuk calculus dan circuit aku dapat highest score. and sebab final tu aku buat main2 untuk subjek ecm dan ctu. aku berhasil dapat B je lagipon 2 tu memang subjek membaca dan menghafal sampai tak larat. Disebabkan bio dulu pun aku tak boleh hafal terbawa2 sampai ke U. Dan untuk sem ni aku dapat GPA 3.70. InsyaAllah aku nak try maintainkan 3.00 keatas.
Sem 4
sedang menjalani~
Bagi aku kos ni tak susah sangat tapi tak senang sangat. Apa yang penting kena belajar je..tak kira la tercampak kat mana pun. result SPM dulu teruk ke tak layak ke...harung je dulu. belum cuba belum tahu..aku pun dulu pembenci tegar addmath tapi dekat U boleh dapat A. semua boleh ubah dengan mindset kita sendiri. Jangan anggap diri tu tak mampu . Sentiasa positifkan diri sendiri. Minat tak minat belakang kira.
Jadi bagi yang dapat kos ni boleh fikir masak2 dulu apa yang terbaik. Jangan dengar kata2 orang yang kata susah. tu semua nak menakut2kan selagi tak cuba belum tahu.Semua orang boleh berjaya asalkan ada usaha. Goodluck adik2 semua.
Assalamualaikum..
Sunday, 1 April 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
nice info blog..btw akak share ya..kalau ade yg minat program under USPSI PENDIDKAN AWAL KANAK -KANAK-bole berhbung segera utk permohonan ..skrg ade open intake..wsp 011-16930576(intake and record department). nak tanya psl program tourism or logistik pun bole
Nak kata best tu. Ikut pada diri. Alhamdulillah dah habis diploma dah pun. Tak terasa lama sebenarnya, sebab tup2 dah degree. Kalau rasa suka buat coding, suka buat benda rumit2 dan suka selesaikan masalah bolehla try kos ni. Kos elektrik elektronik banyak kiraaan je. Theory ada tapi sedikit. Apapun saya tak menyesal ambil kos ni 😊
Maaf teremove komen😅
Assalammualaikum kak. Alhamdulillah setelah habis spm 2019 saya telah berjaya melanjutkan pengajian ke politeknik dngn kos elektrik elektronik. Sejujurnya kak,patutkah saya tukar kos? Selama sebulan saya belajar di sini saya tak faham langsung subjek elektrik teknologi,engineering sains dan measurement device. Selama sebulan jugalah saya nangis teuk😂. Nak kata study group dngn kawan tu ada tapi everytime minta ajarkan mesti diaorang akan busy so kita macam "hmm tak payah la". So akak,saya tngh bingung sesangat ni,patutkah saya tukar kos elektrik elektronik kepada kos pemasaran?
Waalaikumsalam hi. Tahniah!! Hmm masalah tak faham tu susah sikit. Macamni cuba dulu belajar sendiri.. Tengok youtube. Dan kalau tak faham lagi pergi bilik lecturer. Lecturer selalunya ok je. Kalau ada lect yang suruh belajar dengan kawan. Jawabla kawan selalu busy dan tak boleh bantu.
Untuk kos pemasaran tu. Adik minat ke? Kalau pemasaran, target lepastu nak kerja apa. Kalau untuk Electric, InsyaAllah ada kerja. Sebab bidang luas.
Kawan2 akak ada jugak yg berhenti, dan apply balik upu utk kos yang diorg minat. Ok jugak. Ikut pada diri. Kalau rasa teruk sangat sangat, nak tukar kos pun ok jgk.
Semoga berjaya!
salam akk nak tanya dip kejuruteraan elektronik perubatan ni macam mana? akk tau tak?? and if takda addmath fizik kimia tu boleh survive?? saya suka calculation but takda addmath masa spm
salam kak , kos ni perempuan banyak tak amik ?
Wsalam. Pendek kata kalau minat elektrik boleh ambik. Kalau topic electrik dalam fizik tu tak minat. Boleh ambil kos lain. Kimia tu tak perlu. Tapi addmath tu ya. Boleh dikatakan kos ni memang pengiraan sepenuhnya. Kalau ikut upu tak silap kena ada addmath. Cuba adik cek balik requirement
Ramai perempuan ambik. Jangan risau. Sebab akak dulu pun takut jugak sorang2 je perempuan. Tapi ok je. Tapi kan sebenarnya kalau dah masuk engineering. Lelaki ramai pun dah tak berapa kisah sangat hehe.
Post a Comment