Pages

Saturday, 3 January 2026

Chicken Nanban 2.0

Semalam buat chicken nanban lagi.. Rupa dia memang takleh go 😂. Tapi resepi yang ni memang semua puji banding yang sebelum ni

Bahan- bahan

Perapan dan goreng
🌸 Ayam
🌸 Lada putih
🌸 Serbuk ginger
🌸 Serbuk bawang putih
🌸 Telur 1 biji
🌸 Kicap manis
🌸Tepung gandum
🌿Tepung ubi 

Perap 🌸 selama 30 min

Sos kicap untuk ayam
♥️ 2 sudu kicap manis 
♥️ 1/2 sudu minyak bijan 
❤️ 1 sudu air

Sos mayo
🍳 Telur rebus 1 biji 
💓 Kewpie mayo
💓 Daun bawang 
💓 1 sudu sos kicap kita buat tadi 
💓 Lada putih

Cara- cara
1. Selepas perap ayam. Lebihan telur tu asingkan. Celup ayam dah diperap dekat tepung ubi dan masukkan semula dalam telur dan gorengkan sehingga masak (potong ayam kecik2 untuk senang masak) 

2. Sementara itu buat sos mayo. Dah rebus telur tu. Masukkan telur dalam mixer/hancurkan guna garfu. Kemudian masukkan semua bahan 💓

3. Ayam yang dah digoreng lalu diangkat boleh siram/celup dengan sos kicap. 

Dah siap. Boleh letakkan sos mayo tu ke atas ayam yang dah disiram kicap tadi. Garnish dengan daun bawang. Better ada bawang holland sebenarnya. Ok dah itu je 😊

Friday, 2 January 2026

Happy New Year!❤️

Assalamualaikum. New year new me 🌷🌷🌷

Dah lama tak tulis kat blog ni. Senyap sunyi je.. Baiklah tahun ni kita ada target baru. Tiap2 tahun kena la renew target hehe.


🌸 Dengar podcast sebelum pergi kerja

Lately ni ada satu benda yang bagi rasa tenang sangat2 hati iaitu mendengar podcast. Dah lama dah ritu stop tapi start balik. Kadang kalau dengar dalam kereta tu rasa macam ada something yang soothing instead of dengar lagu. Kalau boleh nak stop lagu la sebab tak baik. Ingat lagi dulu2 kan time masuk uni umur 18 kita ni tak reti apa2 taktau music tu org dengar. Yela dapat fon pun lepas habis SPM. Sekali 1 rumah pakai earphone. Tanya2 diorg dengar apa, pastu diorg share dengar lagu pakej transfer lagu diorg kat fon lagi hahaa. Maka dari situ dah jadi sesat jap.. Tapi sebenarnya podcast jauh lebih tenang kalau nak start the day+ tambah ilmu
🌸 Next is dhuha prayer
Untuk sekarang ni InsyaAllah tengah cuba kekalkan 4 rakaat. Dah lama rasanya tak buat dhuha sebab dulu tempat kerja kilang cina. Jadi bos memang pusing 1 kilang. Bahaya. Alhamdulillah sekarang ni Allah bagi rezeki kerja dekat GLC. Government ni environment semua Melayu. Mudah la kalau- kalau nak pergi. Plus ada break pagi 10-10.30.

🌸 Solat sunat sebelum dan selepas solat. Yang ni rasanya agak susah sebab taktaula susahnya nak istiqamah yang ni. Sebab kadang ada tersolat lewat jadi bila nak solat sunat ni rasa mcm tak ok. Jadinya tak buat. Niat lepas ni ingat nak try buat yang logik dulu instead of target tinggi- tinggi. Nak maintain solat sunat sebelum subuh dan solat sunat lepas maghrib

🌸Zikir. Baru semalam install app ni. Tapi tak pasti sejauh mana boleh guna huhu. Effort kena ada. Harap2 boleh kekal

🌸 Al mulk tiap2 malam..InsyaAllah yang ni nak kekalkan kalau boleh.

🌸 3 qul sebelum tidur dan baca doa lepas bangun tidur.

🌸 Berdoa dengan lebih dekat Allah..

🌸 Usrah. Hehee.. Baru tahun ni dapat penukaran IKRAM. Usrah every week. Okla dapat renew dan refresh. Seronok juga kenal kawan- kawan baru yang baik

🌸 Menjadi wanita yang tenang dan baik dan taknak bergosip ( tapi officemate suka mengata org kita kena angguk jela huhu). Ikutkan nak menjadi wanita tenang ni sangat laaaaa susahhhhh. Taktau mcmna org buat. Selalu sangat tgk org tenang, cakap lembut2 baik. Tapi kita ni belajar la sikit2 still rasa susah.

🌸 Menjadi anak yang menjaga tutur kata dan baik dengan umi ayah, yg lemah lembut dalam berkata2 sebab mereka yang palingg berhak dapat the best versi on of us..yang ni kan ujian kalau kita dok sekali dengan mak ayah. Mesti akan ada silap kata. Mak ayah terasa. Semoga yang ni pun dapat tercapai

🌸 Lastly ialah.. Jodoh hehe. Boleh ke eh tunang tahun ni hahah. Possible tak . Bab jodoh ni sangat la peningkan kepala. Orang akan fikir kita ni memilih nak yang mcmni mcmtu.. Tapi taktaula siapa yang salah hahahaa. Adoi dah masuk tahun baru pun bab ni jugak yang bagi pening kepala. Semoga yang baik2 sahaja untuk tahun ni

Apapun semoga tahun ini menjadi tahun 2026 menjadi tahun yang menggembirakan serta semua azam dapat tercapai.. Aminnn