Alkisahnya aku terlepas tarikh untuk daftar MUET sesi 3 haritu...salah aku sebab aku cuai sikit, end up aku frust gila memikirkan yang aku mungkin tak dapat sambung penerapan since tak buat MUET dan harus tunggu sesi 1 /2019.
Disebabkan aku ada ayah yang pandai.. Haha nak harapkan aku terjelepok kat lantai la jawapnya..ayah aku terjumpa website MOD dan decide yang aku patut ambil exam ni jugak no matter what.
Bayaran di buat dekat website tu harga obviously mahal dari orang biasa yang ambik dekat sekolah - sekolah berdekatan diorang..untuk sesi biasa bayaran hanya rm100 dan boleh pilih sekolah. Tapi untuk MUET on demand ni, kau kena bayar rm200 DAN ada dan ya..kau wajib ambik exam dekat Majlis Pelajaran Malaysia dimana tempat tu dekat Selayang,Selangor. Hahaha sedangkan aku dok kat utara..sakit jugakla kat situ.
Bermulanya pada hari Jumaat..aku ponteng kelas since MUET aku dia bagi tarikh hari Sabtu dan start pada pukul 9 pagi. Aku terkedek-kedek naik bas balik rumah, then terus ke Selangor.
Check in dekat homestay berdekatan yang ada pool( best gila) jap ni nak exam ke nak vacay. Hahaa 2 in 1 gitu.
Aku start study dari 2 hari yang lepas sebenarnya tu pun dekat kampung. Bukak macam nak tak nak je hahah.. dok kat kg takleh expect apa2 kot? jadi aku start baca serius-serius punya pagi sebelum exam. Allahu.. barulah terhegeh-hegeh nak baca macamana nak buat karangan apa semua
Disebabkan belajar last min, dalam kereta otw nak ke MPM pun aku baca sampai nak termuntah. Tapi mujur lah kat kg aku ada practice sikit dengan adik aku untuk speaking test..yang lain kirim salam jela..
Berbekalkan ilmu yang tak berapa nak ada bersama beg, slip exam dan IC . Maka dari kereta aku pun start masuk dewan sorang-sorang cari tempat pendaftaran..alahai kat depan tu je terpampang..tinggal kau nak sign nama. Digalakkan bertanya kalau tak mungkin akan sesat dalam bangunan ni.
Mula-mula aku masuk dewan MPP tu aku dah start pelik, kenapa semua yang kat situ mostly dah berumur, aku jumpa beberapa kenalan end up diorang semua mostly bukan dari negeri tu sama macam aku jugak hahaha.. ada makcik tu dia kata" semalah kita ni ha anak pun tercicir jugak". So! untuk adik-adik yang nak MOD tak perlu takut orang kat sini semua sama macam kita. yang umur 40 tahun pun ambik MOD ni tau.
Untuk ujian pertama start pukul 9 pagi iaitu ujian listening... agak sakit hati la jugak sebab terlepas beberapa ayat.. penat aku bukak cuping telinga. dengar dua kali pun tak dapat okay.. takpelah redha ..rehat selama setengah jam , dan time ni boleh pergi tandas..tapi jangan lama-lama takut lambat masuk dewan.
Start dengan ujian reading. Aku memang langsung tak buat seketul latihan pun untuk ujian ni. sebenarnya listening dengan writing pun tak buat jugak 😂 bedal jelah. Aku pun main jawab jelah..sebab lebih kurang macam spm punya text je cuma upgraded sikit lah soalannya..settle reading.
rehat lebih kurang setengah jam lagi kena buat writing pulak...letih kan? of course letih kena buat semua test dalam masa satu hari.. sedangkan orang lain (normal ) diorang buat 2 hari split test..jadi bertabahlah ya.. Aku pun perah-perah apa yang ada dalam otak aku berasaskan memori time SPM. Jangan contohi aku.
Alhamdulillah settle ketiga-tiga paper tu dalam waktu pagi sampai tengahari je 😂 petang pukul 4 buat speaking test. Dalam banyak-banyak test, ini yang paling aku berdebar. Latihan dah secoet..Ha kat sini aku jumpa kawan perempuan. Jadi time rehat dari pukul 1-4 kami sama-sama buat latihan speaking. Aku ajak dia sebab kami sama-sama tak cukup latihan. Kami lepak kat surau. Aku set masa 2 min untuk persediaan dan 2 min untuk individual pakai timer. Kami buat dalam 3 latihan dalam buku. Settle zikir-zikir baca doa lebih kurang kami gerak ke bilik kurungan.
Ha adanya bilik kurungan bertujuan tak nak soalan bocor, jadi semua orang akan tunggu dalam satu bilik.Hah mereput lah kat situ sampai nama dipanggil..ditakdirkan dalam ramai-ramai manusia ..Aku orang last. Dari berdebar nak mati sampai mengantuk lah sementara tunggu giliran hampir sejam.
Speaking test aku dapat candidate B. Ya Allah bersyukurnya aku, tak dapat jadi candidate A..lega sebab ada masa aku nak tulis point aku. Tajuk aku dapat time tu ialah " how can alumni communicate with their school" cthnya melalui website,whatsapp,blog..anything macamtula. Lansung tak kena mengena dengan yang aku buat latihan banyak-banyak tadi. Merapu-rapu lah aku selama 2 min..dan asyik ulang ayat yang sama sebab takde point hahaha.. sampai masa untuk group discussion aku buat intro since orang kata ada markah tambahan.. sekali lagi aku ulang-ulang point aku dengan point orang. Pedulilah janji cakap.
Aku keluar-keluar bilik tu rasa lega gila..ada akak tu tanya aku. " Adik ni pandai, dari U mana?" aku pun sambil tersipu-sipu malu jawab dari (*) je ..dia balas, oh patutlah terror dari (*) . maka kisah muet aku habis kat situ.
Nanti aku sambung pasal result MUET on demand aku. Bye Assalamualaikum
96 comments:
Nak tanya ujian muet Mod ni computer based test ke? Sbb ada baca muet on deman ni CBT (computer based test) katanya tak perlukan kertas or pensil. Maaf saya masih keliru dengan MoD ni
Bayaran dia rm250 untuk semua test atau rm250 per test?
Ada 2 part satu yang computer based system satu lagi yang normal.. Saya ambik yang bertulis je..since yang computer based tu dah fully registered..jadi tak berapa tau sangat utk computer based test
Semua test total rm250
hi daftar utk mod perlu beli pin jugak ke? and macam mana nk daftar ye?
Hi ya kena beli pin.. Tapi beli on9 je ada kat website mod.. Cuba cek kat situ.. Nanti dia suruh isi form/maklumat
Ada link untuk mod x?
hai kak , kenapa ya isi form tu tapi tak boleh masukkan tarikh ? 😢
Patutnya boleh.. Cuba awak kol muet on demand.. Diorg akan assist sampai habis.lagipun kita bayar mahal sikit hehe..akak dulu tanya jugak,sebab first time
Result MoD ni biasa ambil dalam berapa lama dan register dia memang open je ke tarikhnya?
Hello kak sya ada dua soalan kalau sya dah ambil muet tahun lepas tpi sya nak ambil juga muet on demand nak improve result boleh ke?
Soalan kedua pula lol kalau boleh cam mana dengan speaking test ? Random kena pilih utk kita ke group ataupn pilih sendiri time itu?
Dia memang ada beberapa tarikh yang ditetapkan..kita pilihla ikut kesesuaian kita
Soalan pertama Muet on demand ni memang bertujuan untuk orang yang terlepas atau boleh jugak perbaiki result.Boleh kol muet on demand utk maklumat lain
Soalan kedua, untuk speaking test memang random ikut list name kat kertas yang dia akan baca.Kalau nasib baik dapat yang banyak cakap okla hehe
Hi, kalau sekarang bulan November masih boleh register untuk muet on demand ke, ada dua pilihan Di website satu cbt computer base satu lagi paper base, tapi paper base tak boleh masuk tarikh, boleh tolong jwb segera soalan ini
masa pegi exam muet mod tu kn.. kne pakai baju ape sis.. baju kurung ke.. or pakai bebas?
Klik sini untuk
Cara Semak Keputusan MUET On Demand 2020 Online
Maaf lambat jawab.. Saya pakai baju kurung je. Sebab etika dia kena pakai baju formal
Maaf lambat reply 🙏🙏🙏
Assalamualaikum..kenapa tak boleh nak isi tarikh kt form tu
Hi,pin tu sekali dgn rm250 ke? Or kena beli asing ye?
Ya pin tu sekali total rm250
Hello untuk muet on demand ni kita boleh pilih tarikh sendiri ke untuk buat muet ni? Contohnya, kalau saya terlepas pendaftaran untuk muet biasa sesi bulan 3 ni, boleh ke saya ambil muet on demand then pilih nk buat dalam bulan 3 jugak?
akak nak tanya, maaf laa kalau sensatif. macam mana result akak untuk MOD ni rasa berbaloi tak dgn rm250 tu. sbb saya akan ambil mod jugk bulan april ni. risau kalau tak lepas jugak kali ni
dia ada tarikh yang ditetapkan tapi kerap.Dan ya boleh dibuat dalam bulan 3
Hehe tujuan akak ambik muet on demand sebenarnya sebab terlepas muet yang sebelum ni.Takut tak sempat nak apply utk masuk ke uni. Result tu bergantung pada masing2. Susah sikit sebab kena pergi tempat yang ditetapkan dan jauh dari rumah. Ok je muet tak susah sangat. Akak dulu pakai buku oxford yang tebal tu dan sangat membantu .Apa2 pun goodluck! InsyaAllah boleh lepas
Salam saya nak tanya berapa ya lama results kluar after kita dah seat for muet exam
Contoh saya amik sesi 2 exam time jun muet smpat tak nak mohon untuk pnrpan nnti. Valid kw?
Wsalam result akan keluar dalam 3 minggu mcmtu.. Tak selama mcm muet biasa makan bulan
Cuba tengok tarikh keputusan muet sesi dua bila dan kalau keluar sebelum tarikh apply penerapan boleh la.tapi kalau ambik bulan june,saya rasa sempat je
Hai kak, which better yg akak cadangkan untuk kmi ambil exam ujian di komputer or ujian macam biasa. Sbb ada 2, so yg rasanya senang nak score yang mana satu eh.. Minta pendapat. Tqtq
Hai sis.nk tanya saya ambil muet sesi 1 dan dah buat speaking test.tapi tahun ni kan mcm ade problem sikit and muet pon tangguh... Saya nak tanya boleh ke saya nk amik mod tapi utk selain speaking test
salam betul ke ambil MOD ni senang lulus...
Alamak sorry hehe yang ni tak berapa pasti. Sebab muet kan macam pakej semua sekali. Cuba adik boleh kol bahagian muet untuk pertanyaan lebih lanjut
Wsalam, tak pernah la pulak dengar ada yang senang lulus atau susah nak lulus, tapi bagi saya soalan lebih kurang macam dalam buku oxford tu. Dia ikut usaha kita buat latihan, praktis bercakap dengan kawan, konfem lulus insyaAllah
Hi shafiq. Hmm yg ni akak taktau tapi yang akak ingat ujian berkomputer habis dulu tu sebab akak ambik yg macam biasa punya, cuba baca atas tu ada yg berpengalaman ambik muet secara berkomputer. Semoga maju jaya
mohon share ya sis
Hello nak tanya.. macam Mana nak semak tempat exam utk muet mod.
Untuk muet on demand memang ada satu tempat. Iaitu kat selayang ☺️
Salam, nak tanya..pendaftaran untuk muet on demand ni, kita boleh pilih tarikh bila2 masa je kan? Atau kena ikut tarikh dlm jadual yg dh ditetapkan tu?
Ada kat Pulau Pinang ke?
hi sis can i know sis dapat band apa sorry hehe but its okay kalau sis tak mau share
hai sis i nak tanya satu test rm 250 atau 4 test 250?
Wsalam. Tarikh boleh pilih. Kiranya dia bagi beberapa pilihan tarikh, jadi bolehlah pilih tarikh mana yang nak
Total semuanya sekali Rm250 sekali dengan sijil muet semua
Hi. Result dapat band 4. Saya ada cerita kat sini. Feel free to read 😊
http://miszsunshine12.blogspot.com/2018/12/result-mod-muet-on-demand.html?m=1
Hello sis, saya nk tanya. Sis dulu sebelum ambil MOD tu sis belajar sendiri ke sebelum tarikh test? And kalau ya, apa buku yg saya bleh guna untuk belajar sebagai persediaan sebelum test MOD?
hye nak tanya, akak memang tak buat any preparation early ke huhu, muet saya ada dalam 19 hari lagi, saya terkebil kebil nak study apa, akak ada tips tak untuk score band 4 macam akak?
Sis,kena beli no pin kena muet on demand ni?
Ye..kena beli online
Hi. Ya saya belajar sendiri je. cuba nanti cari buku oxford yang tebal tu. Untuk muet punya.
Buku tu agak membantu. Dalam tu dia ada bagi CD sekali untuk listening test.Memang best.
Saya dulu pinjam dari kawan2 yg dah buat muet. Nanti boleh try cari. GOODLUCK!
Hii. Ada lebih kurang seminggu je lagi. Sempat-sempat. InsyaAllah boleh. Akak dulu pun last minit punya preparation jugak.
nanti cari buku oxford yang tebal tu. Untuk muet punya.
Buku tu agak membantu. Dalam tu dia ada bagi CD sekali untuk listening test. Jadi takdela nervous sangat time listening tu sebab dah pernah buat latihan. Writing pun sama. Dalam buku ni dah ada pecahan- pecahan. Mudah nak cari bahagian mana. Buat latihan dalam buku ni je. Akak bergantung 100% di buku, youtube dan latihan speaking.
Essay pun sama. Buat macam kita nak SPM dulu. Baca la sikit-sikit essay yang ada.
Kalau untuk speaking banyakkan bercakap dan jangan diam sebab nanti takde markah dia nak bagi. Catat kan apa saja yang terlintas kat otak ataupun cedok sikit2 idea orang lain dan tokok tambah. Masa orang lain cakap tu. Cuba interrupt kalau ada apa-apa nak tambah/ bagi pendapat. Situ ada markah.
Waktu rehat 1-4 tu lepas solat cuba buat latihan speaking. Set time. Dan kalau ada jumpa kawan. Practice dengan kawan tu. Pilih topic mana yang nak dibincangkan. Relaks2 je. Dah sampai masa nak masuk bilik exam tu. Sekurang kurangnya kita dah practice beberapa tajuk. Kalau nasib baik dapat tajuk lebih kurang, boleh goreng2.
Apa-apa pun doa dan zikir. Doa agar ditenangkan hati. Mudah nak jawab soalan.
GOODLUCK! 😄
Hi Ila Ran. Boleh tahu buku latiha yg Ila pakai utk praktis? N cadangan buku2 utk persediaan muet ni? Terima ksih
Buku oxford tu yg mana ya? Ada nama penuh ke?
Hi Ila Ran. Boleh tahu buku latiha yg Ila pakai utk praktis? N cadangan buku2 utk persediaan muet ni? Terima ksih
Hi Ila Ran. Boleh tahu buku latiha yg Ila pakai utk praktis? N cadangan buku2 utk persediaan muet ni? Terima ksih
Hi, saya nak tanya... Untuk speaking, boleh ke pilih team member sendiri ? Atau dia mmg random sahaja ya ? Blog awak sangat membantu, Terima Kasih ^_^
hi, nak tanya. slip muet tu kan nanti dia email atau apa ya? sebab saya dah register tapi slip muet tak dapat lagi and bila pergi balik website dia kata error
Hi saya guna 1 buku je. Buku oxford muet ada beberapa .Tapi cuba ambil yang paling latest.edition terbaru. Sebab setiap tahun akan ada sedikit perubahan. Cari yang ada CD. Saya punya buku ada soalan yang tahun-tahun lepas. Jadi bolehla nak rujuk. GOODLUCK
Hii. Untuk speaking memang random je. Dia tak bagi pilih member hehe. Sama-sama saja berkongsi pengalaman 😊
Kalau dia tak email kena request. Follow up suruh dia hantar pdf/pos
Takde kat penang. Memang kat selangor je
Hi Sis, how they handle this exam ?
hi nk tnya..untuk mod part speaking tu mmg akn buat mcm speaking muet biasa tu ke ? just lain2 je blh pilih computer
Hi. Untuk speaking memang sama macam muet biasa. Yup. Untuk yg lain2 je boleh pilih samaada computer atau bertulis
fuh masih sampai ke tahun ni orang tanya soalan tapi masalahnya soalan tu dah berulang ulang dah kat atas tu nampak sangat tak membaca lol , btw wish me luck untuk muet tahun depan, asalnya nak daftar untuk november tahun ni punya session tapi dia tulis kat situ postponed hm
Hi assalamualaikum. Saya nak tanya pasal MoD bolehh? Time isi tu memang keluar tarikh boleh pilih kan? Tapi time saya nak isi takde selected date. Macam mana eh? Ke sebab register December session tak bukak and nov punya dah full? Actually nak tanya macam macam, boleh email saya😊. Maaf menyusahkan
Hehe ada yang tak baca komen kot. Oh session utk nov postponed, patut ada yg kata takde tarikh. Kena tunggu tahun depan pulak la ni. Goodluck!
Waalaikumsalam. Maaf ya lambat jawab. Kalau full saya tak pasti, tapi ada yang komen utk bulan November ni postponed. Kena try next year pulak. Kalau nak confirmation cuba adik try kol muet on demand, diorg akan layan. Boleh2 kalau nak tanya apa2 ni email saya miszshine098@gmail.com
Assalamualaikum sis..cam mn nak cek slip exam mod cari xjumpa ��..
Waalaikumsalam, ada dekat website mpm yang rasmi. Isi je ic number dekat situ
http://webmpm1.mpm.edu.my/modr/
buku oxford tu yg mne
buku oxford tu yg mne
hi, for registration utk paper based test, kat site tu, ada pilihan AM kalau nak pilih session, maksudnya apa?.
Salam.sis nak tnya..sis amyk MOD yg CBT or PBT..mana yg lagi bagus?? Saya buntu..dua2 tu mmg kat selayang ke sis?? Then kalau CBT tu writing pon pakai computer ke sis???.
Salam sis, saya baru nak ambik muet bulan 3 ni dan saya jugak baru nak isi upu. rasanya ada problem tak dgn result upu saya sbb ambik muet lambat?
Waalaikumsalam. Untuk muet ni awal dulu memang nak ambik CBT. Tapi sebab dh full. Jadi saya ambik PBT. Kalau ambik PBT tu sama mcm muet biasa yg kwn2 ambik. CBT saya tkde info sangat. Tapi setahu saya mmg semua pakai computer.
Session tu untuk pilih bulan apa yang kita nk ambil muet. Contoh Feb/Mac/Apr
Waalaikumsalam. Kalau ambik bulan 3 sempat2. Memang itula tujuan ambik muet on demand. Iaitu utk org yang terlepas muet dan dan nak result cepat. 3 minggu dah boleh dapat result dan sijil. InsyaAllah takde effect apa2. Goodluck 😊
Hello kak, pin untuk MOD ni boleh beli time kita apply MOD kan? Maksudnya 250 kita sekali dengan pin?
Hi. Ya boleh beli time apply MOD. Total untuk bayar no pin Rm250 sahaja
assalam kak nk tnye utk march tahun ni dah closed, april dah full. kalau utk. may/june/july nnti dia akan bukak tak tarikh baru? sbb website ada smpai april je.
Waalaikumsalam. Biasanya tiap2 bulan akan ada, kecuali waktu2 yg tertentu. Nanti try cek utk bulan2 seterusnya. Tak pun try email/call direct MOD untuk confirmation.
Betul ke..Time apply penerapan uitm.. Muet result dh kena ada?
Betul. Jadi memang kena ambik time diploma. Kalau tak nanti tak boleh sambung degree
Hai sy nk tnya, utk speaking test klau based on comp, mcm mna testnya?prlu speaking dpn ahli panel jugak atau lain caranya?
Ni tips dari salah sorg yg reply kat sini
Cc: saidatul zainudin
1.) Untuk writing, kita type dekat computer. Sama macam buat essay tapi bezanya sebab kita bukan tulis atas kertas, tapi type dekat computer.
2.) Untuk listening, dia akan play kan audio, kita pakai headset, boleh dengar through headset atau kalau tak selesa tak payah pakai pun boleh,dia ada je play guna speaker dalam kelas tu. Soalan semua dekat computer, jawapan kita type dekat computer juga.dia ada sediakan ruangan untuk kita type jawapan kita.
3.)Untuk reading, sama juga. Article atau apa2 soalan semua dalam computer. Jawapan semua pun kita type dekat ruangan yang disediakan dekat computer tu.
4.)Untuk speaking, sama dengan macam dekat sekolah. Duduk 4 org dalam satu kumpulan. Ada 2 task, individu and group discussion.
*Setiap test yg kena jawab guna computer,dia akan bagi kertas kajang untuk kita, in case kita nak tulis idea atau conteng. Nak guna boleh, tak guna pun boleh.
*Ada certain soalan yg jawab guna computer kita kena hitamkan dekat paper macam spm tu. Tapi dont worry, dia akan bagithu soalan mana kena hitamkn dekat paper,mana yg tak perlu.
Dont worry, ok je jawab guna computer pun.Dia akan brief juga.
And dont forget to wear socks and something warm since bilik tu sumpah sejuk 😂
Goodluck !
Hi sis..maksudnya yg speaking tu fizikal lah kan..bkn mcm dlm komputer like video call tu kan? Huhu sorry tanya sbb kurang jelas
Hi. Maaf saya ambil test yg biasa, bukan computer. Tapi setau saya speaking memang fizikal.
Hi, saya nak tanya MOD is it quite difficult question during exam ?
Hi. Bagi saya soalan biasa kalau rajin buat exercise yang dalam buku. Soalan lebih kurang yang macam muet2 sebelum ni. Kena tengok past year. Lepastu try buat
Kak,share sikit keputusan MUET akak tu...dapat band berapa?saya dengar band² nyawa ² ikan je
Hello kak, saya nak tanya berkenaan penerapan tu. Keputusan mod akak diterima ke untuk permohonan penerapan pertama? Ke akak kena buat rayuan? Atau akak kena apply permohonan setetusnya? Sebab saya ada dengar yg permohonan penerapan terima muet results sesi 3 last.
Hi maaf lambat reply tak perasan. Hmm sebenarnya, uni akak cakap diorang tak dapat pun result muet tu. Sebab MOD kot. Jadi akak masuk kategori rayuan, dia suruh tangkap gambar dan send sijil result muet kita tu, barula boleh lepas penerapan pertama
Taktau kenapa selalu tak dapat notification. Anything boleh email miszshine098@gmail.com
Post a Comment