Pages

Tuesday, 6 October 2020

Resepi Kimchi

Assalamualaikum dan hi. Harini aku nak share resepi kimchi yang bagi aku agak sedap berbanding yang pernah aku makan kat korea tu.
Ni aku ada beli. Sebab terlalu teringin tengok orang korea makan sedap sangat. Masuk mulut rasanya tu... Sampai bergenang air mata aku nak muntah. Aku taktau kalau ada orang melayu boleh makan ni.

Jadi aku teringin nak buat version sendiri. Yelah boleh tokok garam gula sesuka hati. 
Jadi ni bahan-bahan dia

Bahan blend
🌸Bawang besar 1 Biji
🌸Bawang putih 3 ulas
🌸Halia 1 inci
🌸 3 Sudu sos ikan

Bahan nak masak
🌸Tepung beras 2 sudu
🌸Air secukupnya
🌸Gula ikut tahap kemanisan yang korang nak. Aku letak banyak jugakla

Bahan lain
🌸Serbuk cili
🌸1 sudu gochujang(optional) 
🌸Paste udang kering (aku tumbuk udang kering dan tuang air panas) (udang kering potong kecil) 
🌸Kubis 
🌸Daun bawang
🌸Carrot (aku takde carrot jadi aku skip) 

First thing first kena selak kubis kimchi tu sehelai demi sehelai. 
💕Cuci dan letakkan garam belah atas 30min. 
💕Lepas 30 minit alihkan kubis. 
💕Cuci beberapa kali dan toskan.
💕Perah semua air kubis dan letakkan dalam bekas. 
💕Potong kubis tersebut dalam 4 bahagian 
💕 Kerat juga daun bawang dalam 1 cm

Cara-cara nak buat
1. Blend bahan kisar sehingga lumat
2. Tuang air dalam pot dan jangan bukak api dulu. Tuang tepung beras dan kacau. 
3. Masukkan gula kedalam pot. Kacau sehingga ada blub2/ mendidih

4.Tutup api dan campurkan bahan blend blend dan air udang kering bersama udang kering yang telah dipotong kedalam bekas
  
                      air udang kering

udang kering yang direndam dalam air panas

          bahan blend+ air tepung gula
5. Kacau-kacau dan masukkan 1 sudu gochujang dan serbuk cili (ikut tahap kepedasan) 

6. Gaulkan kubis dan daun bawang  tersebut. Letak di bekas kedap udara 
Dah siap!! Jadi yang sebelah kanan tu kurang pedas. Yang belah kiri tu boleh pedas sikit je. Last step. Masukkan dalam fridge. Tips (Jangan terus makan time tu pulak. Rasa pelik) 


Jadi inilah kimchi setelah semalaman duduk dalam fridge. Rasanya manis masin +masam sikit. Overall rasa dia sedap jugak kalau makan dengan bihun goreng mee goreng dll. 

Sunday, 28 June 2020

Pengalaman makan di Nando's. Sedap ke?

Assalamualaikum harini aku nak cerita pengalaman makan Nando's untuk pertama kali. 

Selalu tengok je tapi tak rasa pun nak masuk. Tapi sebab teringin nak try. Lagipun review dekat blog facebook dll semua cakap sedap gila HAHAHHA. mampu ketawa je. 

Apa yang aku dapat tau specialnya Nando's ni adalah sos dia iaitu Peri Peri sauce. 

inilah sauce yang special tu(gambo google) . Ada  4 jenis sos herbs, garlic, medium sauce dan hot sauce. Hahaaa aku masih takleh brain sebab aku ingatkan salah satu sos ni akan manis 😎. Rupa-rupanya ya anak-anak semuanya masam 😭😖.

Aku tengok blog twitter bagai. Mixed2 sauce ni iaitu garlic,+medium+herbs. Memang sedap gila la menurut cerita.

Akan tetapi harapanku musnah bila semua sos tu out of the box. Tak sama dgn expectation huhuu. Oh ya aku order whole chicken with 4 sides. 

4 sides aku ambik nasi+coslow+wedges dan salad.
Nampak enakk sangat. Ok aku tak nafikan ayam dia memang sedap. Dia punya perasa tu masuk ke dalam ayam-ayam tu.

Akan tetapi bila campur dengan peri-peri sauce tu boleh mengalirkan air mata aku. Huhu. 

Total aku makan whole chicken +4 sides+ 3 air kosong = Rm58

Bagi aku boleh bagi 4/10 kot? Sebab tak expect sauce dia masam dan aku tercari-cari sos cili. Sebab yang disediakan kat situ pun sos tomato 😭. Berapa banyak masam nak masam ni.

Kelebihan dia kalau orang mcm tanya "Eh kau dah pernah makan nando's ke" atau "Jom pergi Nando's" boleh la aku tolak dengan gembiranya. Tapi aku tak pasti tentang menu2 lain. Tapi sebab highlightnya adalah sos dan ayam jadi aku buat conclusion berdasarkan apa yang aku makan.

Sekian pengalaman ringkas aku tentang Nando's. Aku tak cakap tak sedap cuma, bukan selera aku kot makan ayam dengan sos masam-masam giteww. Setiap orang kan taste berbeza. Tapi sampai sekarang aku taktau apa beza semua sos tersebut.. Sebab semua rasa sama je 😂

Friday, 15 May 2020

Resepi mango chicken

Hi assalamualaikum ini adalah resepi mango chicken. Rasanya masam manis bau2 lemon+ mangga sikit

Ini adalah bahan2 untuk goreng ayam
🌸Ayam dalam 2 orang makan
🌸 Tepung bestari 
🌸 Air sejuk
🌸 Baking powder

Ok nak bg ayam rasa rangup kena gunakan air sejuk. 
Cara-caranya celup ayam yg telah dibasuh ke dalam tepung bestari +baking powder, kemudian celup dalam air sejuk dan balik ke tepung tadi. Goreng sehingga warna keemasan mcmni 👇

 
Kemudian parutkan sebiji mangga. Lagi banyak lagi sedap. 

Bahan-bahan kuah
🌸 Air
🌸 Sos chili thai 2 sudu
🌸 Sos tomato 1 sudu(kalau takde guna kfc punya pun boleh*
🌸 Sos ikan 1 sudu
🌸 Sedikit perahan lemon
🌸 Garam dan gula
🌸 Serbuk perasa 

Cara-cara 
1. Masukkan dalam setengah cawan air dan biarkan mendidih

2. Masukkan sos chili thai, sos tomato, sos ikan dan sedikit perahan lemon

3. Masukkan serbuk perasa, garam dan gula

4. Kacau-kacau dan masukkan air tepung untuk memekatkan kuah

5. Masukkan ayam goreng dan gaul sebati

6. Akhir sekali masukkan parutan mangga dan kalau nak sedap letak bawang besar kat atas tu dan potongan cili. Siap!

Yang ni nak ratah pun boleh makan dengan nasi saja pun sedap 😋

Monday, 4 May 2020

Resepi golden ball ala sushi king


Hi harini saya nak share resepi golden ball ala2 sushi king. Rasanya hmm lebih sedap yang buat sendiri rasanya 😂. 

Semenjak pkp ni rasa craving macam-macam huhu.Walaupun rupa dia bolela tapi rasa dia sedap. 



Bahan-bahan
 
🦀Isi ketam - 6 ketul
🌸Lada putih 
🌸Mayonis 
🌸Garam dan gula
🥚Telur 
🌸Tepung gandum 
🌸Breadcrumb (kalau takde guna cornflake yang dihancurkan) 

Cara-cara
 
1. Rebus ketam dahulu dan toskan. 

2. Potong ketam secara memanjang dan rincik-rincik halus. 

3. Gaulkan ketam, mayonis, lada putih, garam dan gula. 

4. Menggunakan air rebusan tadi dan rebus telur. 

5. Ambil telur rebus dan gaulkan dalam tepung kemudian telur. Ulang proses sebanyak dua kali dan celup dengan breadcrumbs. 

6. Goreng dengan minyak yang panas dan angkat. 

7. Letakkan topping ketam dan dah siap. 

Resepi sup sayur chinese style

Hi dan assalamualaikum jadi harini saya nak share cara buat sup sayur mudah tanpa menggunakan perencah sup sayur


Bahan-bahan 

Carrot - 1
Sawi-1
Kubis - 4 helai
Tomato - 1 (saya terlupa letak, tapi kalau letak lagi sedap) 
Bawang putih - 3 ulas (ditumbuk) 
Bawang besar/holand - 1 biji
Halia - 1 ibu jari (ditumbuk) 


Cara-cara 

1. Tumiskan bawang besar, carrot dan batang sawi dengan menggunakan sedikit minyak sehingga bawang agak kekuningan. 

2. Masukkan air dalam secawan. 

3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk. 

4. Masukkan sayur2 lain seperti daun sawi dan juga kobis. 

5. Masukkan garam dan sedikit perasa. 

Dah siap. Rasanya sedap dan segar walaupun tanpa perencah sup. 

Bolehla dihidangkan bersama nasi dan lauk2 yang lain. Makan dengan telur dadar saje pun dah sedap 😍

Friday, 1 May 2020

Resepi ayam 3 budak gemok

Assalamualaikum jom kita buat ayam 3 budak gemok. Nama bukan main panjang, rupa dia macam masak kicap, tapi rasanya berlainan dan lebih sedap
Bahan-bahan 
🌸 4 bahagian ayam
🌻Serbuk kunyit dan garam
🌸 Bawang besar 1 biji 
🌸 Bawang putih 3 ulas
🌸 Daun kari 
🌸 Sos tiram 1 sudu
🌸 Kicap
🌸 Garam dan gula 
🌸 Serbuk perasa 

1. Air fryer kan ayam yang dilumurkan dengan kunyit dan garam 180/15min
2. Tumbukkan bawang merah dan bawang putih
3. Tumiskan bawang2 dan daun kari
4. Masukkan sos tiram, kicap, serbuk perasa garam dan gula
5. Masukkan ayam dan siap! 

Resepi Begedil Ayam

Harini kita akan buat resepi begedil ayam. Selalu resepi begedil daging, tapi sebab takde daging, ayam pun sedap jugak😁 

Resepi ni untuk 6 ketul begedil. Tapi atas tu dh diculik satu. Ok jom kita mula. 

Bahan-bahan bergedil
🥔 Kentang 3 biji
🌸 Daun sup 3
🌸 Daun bawang 2
🌸 Ayam dipotong dadu kecil
     🌰Bawang besar 1/2
     🌰Bawang putih 3 ulas 
🌸 Bawang goreng 
🌸 Kentang 3 biji
🌸 Garam secukup rasa 
🍳Sebiji telur

🍗Ok untuk ayam ditumis dengan bawang besar dan bawang putih dan sedikit garam

🥔Kentang pula digoreng dengan minyak penuh sehingga keemasan. 

🥘Lenyekkan kentang dan gaul2 dengan bahan 🌸

🍳Bulat2kan bergedil dan celup dengan telur(masukkan secubit garam) lalu gorengkan sehingga keperangan. Siap! 


Sunday, 12 April 2020

Resepi paprik ayam

Resepi paprik ayam

Bahan-bahannya:
🌸4 ketul ayam - dihiris kecil
🌸2 ulas bawang putih - dicincang halus
🌸1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris bulat kasar
🌸1 biji cili merah - dihiris serong
🌸11 biji cili api - dipecah-pecahkan aje
🌸2 helai daun limau purut - disiat-siat
bunga kobis - dihiris kecil
🌸2 biji putik jagung - dihiris serong
🌸1/2 biji karot - dihiris serong
🌸2 biji kacang panjang - dipotong 1 inci
🌸2 sudu makan cili kering kisar
🌸2 sudu makan cili sos
🌸2 sudu makan tomato sos
🌸1 sudu makan sos tiram
garam
🌸1 cawan air


Cara-caranya:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.

2. Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.

3. Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu.

4. Masukkan air. Masak hingga mendidih.
Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.

5. Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air).

6. Tutup api dan hidangkan.