Pages

Saturday 15 April 2023

Resepi ayam goreng cili balado

Taktau nak kata balado ke cili. Tapi dia tak berapa pedas. Sebab banyak pakai cabai besar. Dan menggunakan sos tiram.

Bahan-bahan 
🌸 Ayam
🌸 Sos tiram 

Bahan blend
🌸 Cili besar 3 tangkai
🌸 Cili api 3
🌸 Bawang besar 2 biji
🌸 Bawang putih 2 ulas

Cara-cara 
1. Goreng ayam bersama kunyit dan garam
2. Angkat dan toskan ayam 
3. Tumis bahan blend dengan minyak yang sederhana banyak. Agak-agak
4. Masukkan sos tiram 1 sudu, garam, gula dan serbuk perasa 
5. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaulkan. Siap! 

100/10 makan dengan telur dadar. Simple dan sedap. Mungkin kena tambah extra cili padi kot kalau nak lagi pedas.


Resepi Vietnam Roll

Vietnam roll ni repeat banyak kali pun tak muak. Sedap rangup dan mengenyangkan.
Bahan-bahan vietnam roll
🌸 Udang
🌸 Rice paper 
🌸 Daun ketumbar 
🌸 Suhun
🌸 Salad
🌸 Timun
🌸 Carrot
🌸 Paprika (optional) 

Bahan-bahan sos 
🌼 Bawang putih
🌼 Sos cili thai
🌼 Air tepung 
🌼 Garam dan gula 

Cara-cara buat Vietnam roll
1. Susun salad, timun, Suhun, Carrot, daun ketumbar dan Paprika di atas rice paper yang dah dicelup air
2. Lipat macam popia tu. Done

Cara-cara membuat sos
1. Tumis bawang putih yang telah dicincang 
2. Masukkan air 
3. Masukkan sos cili thai, garam, gula dan serbuk perasa. 
4. Masukkan air tepung dan kacau sehingga pekat. Tutup api


Resepi tauhu telur

Semalam buat tauhu telur. Ada seketul je. Bolehla buat raso-raso. Pindah Pahang ni sehelai sepinggang je, rumah pun fully furnished tapi kami beli pinggan 4 je sebab nanti nak kutip kat rumah. Jadi pakailah bekas tupperware je. Tak lawo la  😓. First time buat sebab memang suka. Kurang jadi sikit tapi takpe, there's always a room for improvement aaa tiber.


Bahan-bahan 
🌸 Tauhu telur
🌸 Tepung 
🌸 Sos tiram
🌸 Carrot 
🌸 Bawang putih 
🌸 Kiub ayam (optional) 

Cara-cara 
1. Goreng dulu tauhu telur tu. Ada resepi guna tepung beras+ tepung jagung, tu takde bahan. Jadi goreng begitu sahaja
2. Tumis bawang putih yang dipotong halus, masukkan carrot dan air
3. Seterusnya, masukkan sos tiram, kiub ayam sikit, garam dan gula.
4. Masukkan air tepung.
5. Dah pekat sikit masukkan telur pastu kacau-kacau
6. Lastly, masukkan tauhu telur dan siap

Sedappp 10/10. Kuah dia tu dah rasa macam egg drop soup. Tinggal nak tabur daun bawang je 😄. Cuma lepas ni telur tu takleh kacau awal sangat. Nanti jadi mcm bubur telur gitu. Biar lambat sikit kacau

Tuesday 4 April 2023

Resepi pak choy bawang putih


Bahan-bahan 
🌸 Bawang putih
🌸 Sos tiram
🌸 Tepung gandum 
🌸 Sayur pakchoy 

Cara-cara 
1. Potong dan rebus sayur pakchoy agak2 dalam 5 min macam tu. 
2. Goreng bawah putih yang dipotong halus sehingga warna brown2
3. Angkat bawang putih, guna pan yang sama masukkan air,sos tiram, garam, gula, serbuk perasa.
4. Masukkan air tepung sikit nak bagi pekat.
5. Tutup api tuang kuah atas sayur pakchoy yang direbus
6. Tabur bawang putih tadi kat atas sayur

Simple gila resepi ni tapi sedap 10/10