Pages

Saturday 15 April 2023

Resepi tauhu telur

Semalam buat tauhu telur. Ada seketul je. Bolehla buat raso-raso. Pindah Pahang ni sehelai sepinggang je, rumah pun fully furnished tapi kami beli pinggan 4 je sebab nanti nak kutip kat rumah. Jadi pakailah bekas tupperware je. Tak lawo la  😓. First time buat sebab memang suka. Kurang jadi sikit tapi takpe, there's always a room for improvement aaa tiber.


Bahan-bahan 
🌸 Tauhu telur
🌸 Tepung 
🌸 Sos tiram
🌸 Carrot 
🌸 Bawang putih 
🌸 Kiub ayam (optional) 

Cara-cara 
1. Goreng dulu tauhu telur tu. Ada resepi guna tepung beras+ tepung jagung, tu takde bahan. Jadi goreng begitu sahaja
2. Tumis bawang putih yang dipotong halus, masukkan carrot dan air
3. Seterusnya, masukkan sos tiram, kiub ayam sikit, garam dan gula.
4. Masukkan air tepung.
5. Dah pekat sikit masukkan telur pastu kacau-kacau
6. Lastly, masukkan tauhu telur dan siap

Sedappp 10/10. Kuah dia tu dah rasa macam egg drop soup. Tinggal nak tabur daun bawang je 😄. Cuma lepas ni telur tu takleh kacau awal sangat. Nanti jadi mcm bubur telur gitu. Biar lambat sikit kacau

0 comments:

Post a Comment