Pages

Sunday, 16 December 2018

Result MOD (Muet On Demand)

      Assalamualaikum, so hari ni aku just nak share result MUET aku..taklah terlalu bagus , tapi takde lah tak bagus sangat..so-so je.

        Actually aku sampai tak tahu pun dah keluar result 😂 tiba2 je dapat mesej, terus aku bukak..citanya tak berdebar langsung ,ntah tak rasa apa pun..first-first bukak tu aku macam, hmm dapat band 4 je ke hmm2 , sikit gila.

     Then aku dapat tau kawan aku pun ramai dah dapat result muet, tapi diorang tak bincang langsung . Then ramai kawan aku cuma dapat band 3 dan kebawah, patutlah diorang tak nak cerita apa-apa. 

        Apa-apa pun aku sangat bersyukur bila dapat result macam ni bila nak bandingkan dengan orang lain... sekurang-kurangnya boleh sambung degree insyaAllah .


  
Hehe alamat dan nama of cos dirahsiakan🌼


Friday, 7 December 2018

Pengalaman exam MUET on demand (MOD)

Assalamualaikum dan hi..dah naik bersawang blog ni..ok hari ni aku nak share pengalaman aku ambil muet on demand..Ok kenapa on demand?

Alkisahnya aku terlepas tarikh untuk daftar MUET sesi 3 haritu...salah aku sebab aku cuai sikit, end up aku frust gila memikirkan yang aku mungkin tak dapat sambung penerapan since tak buat MUET dan harus tunggu sesi 1 /2019.

Disebabkan aku ada ayah yang pandai.. Haha nak harapkan aku terjelepok kat lantai la jawapnya..ayah aku terjumpa website MOD dan decide yang aku patut ambil exam ni jugak no matter what.

Bayaran di buat dekat website tu harga obviously mahal dari orang biasa yang ambik dekat sekolah - sekolah berdekatan diorang..untuk sesi biasa bayaran hanya rm100 dan boleh pilih sekolah. Tapi untuk MUET on demand ni, kau kena bayar rm200 DAN ada dan ya..kau wajib ambik exam dekat Majlis Pelajaran Malaysia dimana tempat tu dekat Selayang,Selangor. Hahaha sedangkan aku dok kat utara..sakit jugakla kat situ.


Bermulanya pada hari Jumaat..aku ponteng kelas since MUET aku dia bagi tarikh hari Sabtu dan start pada pukul 9 pagi. Aku terkedek-kedek naik bas balik rumah, then terus ke Selangor. 

Check in dekat homestay berdekatan yang ada pool( best gila) jap ni nak exam ke nak vacay. Hahaa 2 in 1 gitu. 

Aku start study dari 2 hari yang lepas sebenarnya tu pun dekat kampung. Bukak macam nak tak nak je hahah.. dok kat kg takleh expect apa2 kot? jadi aku start baca serius-serius punya pagi sebelum exam. Allahu.. barulah terhegeh-hegeh nak baca macamana nak buat karangan apa semua 

Disebabkan belajar last min, dalam kereta otw nak ke MPM pun aku baca sampai nak termuntah. Tapi mujur lah kat kg aku ada practice sikit dengan adik aku untuk speaking test..yang lain kirim salam jela..

Berbekalkan ilmu yang tak berapa nak ada bersama beg, slip exam dan IC . Maka dari kereta aku pun start masuk dewan sorang-sorang cari tempat pendaftaran..alahai kat depan tu je terpampang..tinggal kau nak sign nama. Digalakkan bertanya kalau tak mungkin akan sesat dalam bangunan ni. 

Mula-mula aku masuk dewan MPP tu aku dah start pelik, kenapa semua yang kat situ mostly dah berumur, aku jumpa beberapa kenalan end up diorang semua mostly bukan dari negeri tu sama macam aku jugak hahaha.. ada makcik tu dia kata" semalah kita ni ha anak pun tercicir jugak". So! untuk adik-adik yang nak MOD tak perlu takut orang kat sini semua sama macam kita. yang umur 40 tahun pun ambik MOD ni tau. 

Untuk ujian pertama start pukul 9 pagi iaitu ujian listening... agak sakit hati la jugak sebab terlepas beberapa ayat.. penat aku bukak cuping telinga. dengar dua kali pun tak dapat okay.. takpelah redha ..rehat selama setengah jam , dan time ni boleh pergi tandas..tapi jangan lama-lama takut lambat masuk dewan. 

Start dengan ujian reading. Aku memang langsung tak buat seketul latihan pun untuk ujian ni. sebenarnya listening dengan writing pun tak buat jugak 😂 bedal jelah. Aku pun main jawab jelah..sebab lebih kurang macam spm punya text je cuma upgraded sikit lah soalannya..settle reading.

rehat lebih kurang setengah jam lagi kena buat writing pulak...letih kan? of course letih kena buat semua test dalam masa satu hari.. sedangkan orang lain (normal ) diorang buat 2 hari split test..jadi bertabahlah ya.. Aku pun perah-perah apa yang ada dalam otak aku berasaskan memori time SPM. Jangan contohi aku.

Alhamdulillah settle ketiga-tiga paper tu dalam waktu pagi sampai tengahari je 😂 petang pukul 4 buat speaking test. Dalam banyak-banyak test, ini yang paling aku berdebar. Latihan dah secoet..Ha kat sini aku jumpa kawan perempuan. Jadi time rehat dari pukul 1-4 kami sama-sama buat latihan speaking. Aku ajak dia sebab kami sama-sama tak cukup latihan. Kami lepak kat surau. Aku set masa 2 min untuk persediaan dan 2 min untuk individual pakai timer. Kami buat dalam 3 latihan dalam buku. Settle zikir-zikir baca doa lebih kurang kami gerak ke bilik kurungan.

Ha adanya bilik kurungan bertujuan tak nak soalan bocor, jadi semua orang akan tunggu dalam satu bilik.Hah mereput lah kat situ sampai nama dipanggil..ditakdirkan dalam ramai-ramai manusia ..Aku orang last. Dari berdebar nak mati sampai mengantuk lah sementara tunggu giliran hampir sejam. 

Speaking test aku dapat candidate B. Ya Allah bersyukurnya aku, tak dapat jadi candidate A..lega sebab ada masa aku nak tulis point aku. Tajuk aku dapat time tu ialah " how can alumni communicate with their school" cthnya melalui website,whatsapp,blog..anything macamtula. Lansung tak kena mengena dengan yang aku buat latihan banyak-banyak tadi. Merapu-rapu lah aku selama 2 min..dan asyik ulang ayat yang sama sebab takde point hahaha.. sampai masa untuk group discussion aku buat intro since orang kata ada markah tambahan.. sekali lagi aku ulang-ulang point aku dengan point orang. Pedulilah janji cakap.

Aku keluar-keluar bilik tu rasa lega gila..ada akak tu tanya aku. " Adik ni pandai, dari U mana?" aku pun sambil tersipu-sipu malu jawab dari (*) je ..dia balas, oh patutlah terror dari (*) . maka kisah muet aku habis kat situ.

Nanti aku sambung pasal result MUET on demand aku. Bye Assalamualaikum 

Sunday, 1 April 2018

Kos kejuruteraan elektrik elektronik susah ke?

Hai assalamualaikum. Aku nak cerita serba sedikit tentang kos ni

Alhamdulillah dah dekat 2 tahun jugaklah aku belajar kos ni. Aku bukanlah orang yang tepat nak bagi info sebab maklumat semua tu ada kat google dah. Jadi aku cuma nak cerita tentang macamana sebenarnya kos ni. Sebabnya awal2 aku dapat kos ni pon aku blur sebab takde idea langsung tentang kos ni..

Aku takdelah pandai sangat Physic masa SPM dulu tu lah sebabnya agak nyawa2 ikan nak survive dalam kos ni sebab aku memang langsung tak minat kos ni..masa SPM dulu bab nilah paling aku anti sekali.. psstt aku dapat C+ je untuk physic dulu kahh3.

Sebabnya yang apply UPU ayah aku tolong isikan pilihan no.3 dan seterusnya. no 1 dan no 2 aku pilih tapi tak dapat pulak.Tapi Alhamudulillah dapat jugak sambung belajar sebab dalam kelas aku betul2 4-5 orang je yang dapat offer UPU yang lain semua kena tunggu second intake punya matrik pun sama ramai yang buat rayuan.

Masa sem 1 korang akan belajar basic balik semua pasal Physic...dan juga pre-calculus lebih kurang macam math moden cuma ada tambahan 1-2 chapter. tapi physic tu akan pecah kepada 2 hahaha aku dah la biasa2 je physic memang result sem 1 aku agak teruk dapat GPA 2.98 sahaja. Bagi aku sem 1 subjek agak sikit, jadi banyak main je sebenarnya. Tu yang result kelaut.

Sem 2 akan mula belajar benda yang heavy sikit. subjek yang basic macam BI, Agama, tu ada.. tapi kalini dia akan ada 3 subjek tambahan iaitu Circuit 1 dan juga Calculus 1. Untuk circuit 1...aku taktau nak kata apa..subjek tu senang kalau lect ajar faham. Masalah akan timbul bila lect korang ajar tak faham maka akan berlaku kesusahan dalam subjek tersebut..make sure kalau ambik subjek ni tanya senior lect mana yang ajar faham. Sebab kalau circuit tak lepas. Circiut 2 pon akan teruk jugak. Untuk calculus 1 sebijik macam addmath SPM. Tapi takyah risau sebabnya takkan rasa sesusah SPM dulu..emm mungkin sebab dah berkecimpung dengan dunia nombor kot. result aku sem 2 pon agak teruk jugak. Lagu satu subjek measurement..yang ni pon subjek yang sederhana2 je. tak susah dan tak senang sangat

Dan sem 3 .Subjek yang terlibat ialah Circuit 2, Communication,ELC(b.inggeris),CTU(agama),Calculus 2 dan Electronic. Disebabkan aku punya result sem 1 dan sem 2 teruk gila. untuk sem 3 aku gigih sikit study. Aku start planning cara study semua. Dan benda paling penting aku target untuk score carrymark which is semua subjek tu adalah 60% carrymark and 40% final..jadi memang kena score banyak sikit. so that bila time final tak payah nak gigih2 study teruk. bolehlah tinggal nak selak2 apa yang patut. subjek yang berat sem 3 ni ele,ecm,cct,calculus.tapi Alhamdulilllah untuk subject circuit carrymark aku 35/40, calculus 38.3/40 ele 36.42/40 dan ecm agak rendah la 31/40

bagi aku pencapaian yang agak tinggi la untuk sem 3 sebab selama ni teruk je. untuk calculus dan circuit aku dapat highest score. and sebab final tu aku buat main2 untuk subjek ecm dan ctu. aku berhasil dapat B je lagipon 2 tu memang subjek membaca dan menghafal sampai tak larat. Disebabkan bio dulu pun aku tak boleh hafal terbawa2 sampai ke U. Dan untuk sem ni aku dapat GPA 3.70. InsyaAllah aku nak try maintainkan 3.00 keatas.

Sem 4

sedang menjalani~

Bagi aku kos ni tak susah sangat tapi tak senang sangat. Apa yang penting kena belajar je..tak kira la tercampak kat mana pun. result SPM dulu teruk ke tak layak ke...harung je dulu. belum cuba belum tahu..aku pun dulu pembenci tegar addmath tapi dekat U boleh dapat A. semua boleh ubah dengan mindset kita sendiri. Jangan anggap diri tu tak mampu . Sentiasa positifkan diri sendiri. Minat tak minat belakang kira.

Jadi bagi yang dapat kos ni boleh fikir masak2 dulu apa yang terbaik. Jangan dengar kata2 orang yang kata susah. tu semua nak menakut2kan selagi tak cuba belum tahu.Semua orang boleh berjaya asalkan ada usaha. Goodluck adik2 semua.

Assalamualaikum..