Pages

Tuesday, 28 March 2023

Resepi Butter Cake

Resepi ni buat banyak kali pun tak fail. Lembut dan sedap. Kurang manis. Cuma yang aku buat kalini half je sebab tak cukup Butter . Boleh habis sekali makan 

Bahan batter/adunan
🌸 125g butter
🌸 1/2 cawan gula
🌸 2 biji telur 
🌸 1 s/k esen vanilla
🌸 1 cawan tepung
🌸 1 sudu baking powder
🍁 Susu cair suku cawan

Cara- cara 
1. Preheat oven 180° 
2. Masukkan butter dan gula kacau sehingga butter kembang 
3. Kemudian, masukkan esen vanilla, susu cair dan sebiji telur. Pastu mix, masukkan lagi sebiji dan mix lagi sehingga adunan tercampur. 
4. Off mixer dan masukkan tepung, baking powder lalu kaup balik sehingga merata
5. Masukkan adunan dalam bekas yang telah dioleskan dengan minyak/butter
6. 180° selama 35 min lebih kurang dalam oven . Pastu cucuk sikit kek tu guna hujung garfu nak tengok masak ke tak. 

Ni saja tambah sirap pastu kacau-kacau sikit nak bagi ada rupa 

Ya inilah hasilnya. Kecik comel je. Kek ni sedap makan time panas-panas. Patutnya masukkan sikit susu cair tapi terlupa. Overall 5/5

Resepi ikan bakar

Ramadhan day 6. Semalam buat ikan bakar hasil dapat siakap Rm1 kat segi fresh. 
 
Bahan-bahan blend
🌸 Bawang besar 2
🌸 Cili merah 2
🌸 Serai 2
🌸 Lengkuas 1 inch
🌸 Kunyit 1 inch
🌸 Halia 1 inch

Blend kesemua diatas dengan sedikit air

1. Tumis cili kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan bahan blend ke dalam kuali 
3. Kacau - kacau masukkan gula garam dan serbuk perasa. 
4. Dah secukup rasa tutup api
5. Tuangkan kuah dekat atas aluminium foil baru letak ikan dan tuang kuah selebihnya ke atas ikan
6. Balut ikan tersebut, buka api alih2 sampai masak mengikut saiz ikan. 


Resepi taugeh masak lemak

Sebelum ni buat kubis masak lemak. Tapi ramadhan day 3 ni saja try buat taugeh sebab ada tauhuu

Bahan bahan
🌸 Bawang 1 
🌸 Bawang putih 2 ulas
🌸 Carrot 1/2 biji
🌸 Taugeh
🌸 Tauhu 1 
🌸 Santan

Cara-cara
1. Masukkan air agak2 dalam setengah cawan macam tu.
2. Masukkan bawang2, carrot dan santan
3. Kacau2 masukkan garam,serbuk perasa, tauhu dan taugeh.
4. Tutup api

Agak simple sebab takde udang kering/ikan bilis. Gituu

Resepi kuih cara lauk

Banyak kali dah buat kuih cara lauk ni sebab feveret ayah. Nak buat dia senang cuma bahan tu je kena potong2 sikit. 
Batter/adunan untuk di blend
🌸 1 cawan air
🌸 1 biji telur 
🌸 1 cawan santan/susu cair/fresh milk
🌸 1 cawan tepung gandum
🌸 Pewarna kuning
🌸 Sedikit garam 

Inti 
🌼 Ayam/daging cincang
🌼 Serbuk kari daging
🌼 Bawang 
🌼 Bawang putih 

Cara- cara buat inti 
1. Tumis kan bawang2 yang telah dicincang. 
2. Masukkan ayam dan serbuk kari daging yang telah dicampur air
3. Masukkan garam dan serbuk perasa 
4. Kacau-kacau dah masak tu tutup api

Topping 
🍁 Cili merah dihiris nipis
🍁 Daun bawang 
🍁 Daun ketumbar

Cara-cara buat cara lauk
1. Panaskan acuan kuih tu. Oleskan minyak guna daun pandang yang diikat
2. Masukkan batter/adunan. Pastikan api slow takut nanti hangit
3. Masukkan inti dahulu, cili merah, daun ketumbar dan daun bawang 
4. Tutup dengan menggunakan penutup kuali sehingga masak. 
5. Guna garfu untuk alih dan angkat kuih cara. Dan siap! 

Resepi ni senang nak ingat sebab semua serba satu, air 1,telur 1, santan 1, tepung 1. Kalau kuih cara biasa yang manis tu pun sama je adunan cuma kena ada daun pandan dan ganti pewarna hijau. Inti dalam pulak 1 sudu kecil gula. 

Saturday, 4 March 2023

Memories : Tok

Orang cakap memori lama-lama akan hilang dengan sendirinya. Jadi sebelum aku terlupa memori-memori yang ada. Harini nak cerita pasal nenek aku. Emm panggil tok jela. Bahasa campur-campur ..Insan terdekat aku yang pertama, yang aku paling takut pergi meninggalkan kami.. Tok sakit dah lama. Semenjak jatuh bilik air dan makin tak bergerak. Cuma takde sape sangka yang tok meninggal haritu.

Malam ni aku cuma nak cerita memori dengan tok dari kecik sampai la besar. Aku tertanya-tanya kadang tu, apa yang aku buat tu cukup ke. Kadang hadir rasa menyesal sebab tak habiskan masa dengan tok. Tok kan selalu datang rumah kami, tapi kan sifat manusia selalu take people for granted. selalu rasa yang orang tu akan sentiasa ada dengan kita, tanpa sedar yang masa semakin berlalu. Kalau la aku tau masa aku dengan tok tak lama, aku takkan tengok main fon , takkan tengok tv kat luar pun. Duduk je sebelah tok..bukan lama pun.

Aku suka tengok mukbang makanan, selain.. hahaa uish, aku nak tulis ni sebab nak kenang memori takut lupa , tapi hmm nangis pulak..type sambil sedih tapi aku nak tulis jugak. Makin lama makin pudar dan kelabu-kelabu je memori ni . Dulu kan setiap kali raya , tok akan curah banyak gila duit syiling , pastu kitorg semua akan genggam. Susah woo nak dapat. Max aku dapat masatu dalam RM10. Zaman tu umur belasan macam tu dapat banyak tu memang jenuh la, yela gi rumah orang dapat rm1 rm2 macamtu. Raya kitorang akan main mercun, main nyorok2, main tuju kasut(paling femes) , ice water, police and thief dan lompat bintang. Belakang rumah tok ada parit, memang balik tu selalu gak la terjun. 

Setiap kali raya kat kg, aku adik dengan mak aku akan kemas rumah tok sebab tetamu nak datang esoknya. Benda tu buat setiap kali raya, walaupun kitorg je yang cuci kemas apa semua tak rasa macam beban pun , aku sentiasa rasa puas hati rasa macam ada satu perasaan lega sebab dapat kemas rumah tok, yela rumah tu besar. Dari dulu kan aku .hmm mcmna nk type sambil nangis huaaa..ha aku sorang ja yang akan cuci kepala tok , sebab kan, kepala tok penuh dengan kelumumur yang tebal tu, kadang kalau tak balik dah lama, tebal dah benda2 tu kat kepala tok . Tok kan suka gatal kepala, jadi selalunya, aku akan gi kutip limau dekat pokok pastu nanti campur dengan minyak rambut pastu bersihkanla guna sikat. pastu nanti shampoo. mcmtula selalunya setiap kali jumpa tok. ayat feveret tok kan, tok akan cakap "_____ sorang ja yang rajin buat kat tok, orang lain tak buat. terima kasih" sebab tok memang selalu gatal kepala. Tok kan selalu rasa macam menyusahkan anak-anak dengan cucu. Padahal semua yang kami buat ikhlas. Aku suka bersihkan rumah tok sebab rasa macam lega, contoh macam cuci kipas, mop lantai / vacuum/ apa2 je tapi kan hahah tok memang akan cakap "menyusah hampa ja" bila kami 3 orang dok cuci2 bagai . Adik aku akan cakap "eh takpa aih takdak apa". Kami tak pernah rasa tak ikhlas bila buat kerja2 dekat rumah tok.Rasa macam seronok bila dah bersih.

Masa tok sakit tu, dalam sebulan lebih jugakla tok dok rumah kami, sebelum-sebelum tu pun ada duduk. Masa tok boleh jalan gi bilik air tu, kadang aku selang seli dengan umi bagi mandi tok. Tapi kalau pagi-pagi selalunya aku. Masa tok meninggal tu time nak bagi jenazah aku dok fikir sebab ramai time tu yang lagi tua dan layak bagi mandi, tapi umi panggil aku suruh join bagi mandi jenazah , time bagi mandi jenazah tu kan, aku dok ingat time aku bagi mandi tok, gosok2 badan, pastu kadang kami mandi kolam sama-sama. Bawah ni la kolam yang aku cita tu hehee. seronok woo, tok kan kalau ajak mandi kolam, tok akan macam senyum-senyum sebab malu tapi mahu gitu hahaa, kadang tok angguk2. Situ ada air paip yang kami buat macam air terjun dari atas .Tapi kan unik tauu tok suka mukbang macam aku jugak. Tok suka tengok orang tu makan. ingatkan aku je huhuhuh.  Pastu setiap kali kalau aku nak lepak dalam bilik dengan tok kan, aku akan pasang mukbang pastu kami tengok sama-sama. Setiap kali vid tok akan tanya "dia dok makan apa?" "nampak sedap na dia makan " "tok suka tengok orang gemuk makan, nampak sedap dia makan"  

Tok banyak cerita, pengalaman hidup tok, sebab tok kawen muda, muda-muda dah ada anak bekerja keras..selain tu tok seorang pendengar yang sangaaat baik. Cerita la apa pun tok selalu boleh bagi orang rasa tenang dan positif.. Rumah kat kg kan dah tak berseri..Raya dah tak segembira dulu..rindu.. 


أَللّٰهُمَّ اغْفِرلَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْهَا وَاجْعَلِ الْجَنَّةَ مَثْوَاهَا

Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmat, sejahtera dan maafkanlah dia dan jadikanlah syurga sebagai tempat peristirahatannya

Semoga semua amalan tok diterima.. 

Amin Ya Rabbal ‘Alam in


                         ♥️♥️♥️