Pages

Friday 3 March 2023

Makanan tanpa resepi

Ni benda-benda merapu yang aku pernah buat sebab teringin nak makan, tapi takde resepi huhu. Nak buat balik pun dah tak boleh ._. 

Saja la compile dalam satu post senang nak tengok balik , duduk dalam gallery tu berterabur habis semua. 


HAHAHA. Ni kan  kami acah-acah diet. gigih gila aku pagi-pagi buat mash potato ngan poached egg. Punyala nak bagi kurus. kat situ aku buat sekali tortilla wrap. Effort teruk. kenyang gak . Tapi lepas padatu aku buat overnight oat jela. Paksa semua orang telan oat pepagi. 

Ni time buat shell out. Pakai daun pisang weh hmm gigih la umi gi amek daun pisang kat luar. Semuanya sebab tak order plastik shell out tula. Aku buat yang buttermilk chicken. Tu je macam pakar sikit sebab semua kata buttermilk chicken aku sedap. Hue2

Time ni buat carrot soup, first time makan sebenarnya kat hotel UITM . Diorang buat pumpkin soup, pastu aku first-first try tu Ya Allah terharu betul sebab sedap giler. Balik tu nak try tapi takde pumpkin jadi search-search jumpala carrot soup. Sedap jugaa, rasa pun lebih kurang



Cheesekut yang buat dah banyak kali gak , tapi tak pernah bosan sebab sedappp. Hmm rasa nak buat lagi

Ni ayam masak bali. Dia mcm ayam masak merah tapi ada kicap jadi gabungan gitew.

Sup cendawan: roti garlic. ni adala beberapa kali buat kalau ada stok cendawan di rumah.

Onion ring kurus-kurus gituu. Mukbang la punya pasal, tengok diorang makan dok "krup krap2" tak tahan la terus gi cari bawang kat dapur. okla buat rasa-rasa.

Popia sira? mana datang tah tiba-tiba rajin nk buat popia sira, time ni puasa kot? hmm beli jela pasni nak.

Rupa pucat teruks. Ni first time buat nasi ayam. Weh try hard gila, aku taktau lak buat nasi ayam hainan tu renyah. Renyah yang sampai haih letih. Terhegeh-hegeh nak masak nasi, ayam sup lak masuk lam nasi, ayam kena perap dengan bahan, sos pulak kena campur ngan sup ayam tadi sikit, blend cili tomato, dengan kicapnya lagi, arghhh satu lauk tapi emm, lama aku dok kat dapur tu.


Taraaa ,feveret menu ni. Kubis masak lemak. First time gak buat, sedap dan senang. 

Ulat gonggok. Tengok orang buat churros, pun ada hati nak buat. hmm berkerutu. Orang lain buat kat tiktok ngan youtube nampak senang, buat sendiri cenggitu je hasil. 

Tomyammm. Kerap gila buat sebab senang. Aku dari dulu minat tomyam,jadi aku search resepi kat youtube cara buat tomyam, jumpa la "dapur bujang " punya resepi, hahah tak guna perencah ok, buat sendiri from scratch ceh. Blend bawang-bawang dengan cili kisar. Tumis-tumis pastu tambah air pastu macam biasa. Sampai la aku beli dia punya pes thai tomyam tu kat shopee. Ha senang. 1st tomyam aku buat tu dah tambah susu sebab teringat time gi thai, tu first time aku makan tomyam yang bersusu. sedap dia takleh bincang sebab tak pernah jumpa kat malaysia. Gambar atas ni yang guna pes tomyam. sedapp 100/10



Ikan siakap masak 3 rasa rasanya ni. Tak ingat. Rasa pun tak berapa nak ingat. 
Musim covid . first tu buat dalgona coffee, pastu rasa macam okla not bad, tapi gigih sikit kena guna mixer. Haih nak minum air je pun. 2nd time aku buat dalgona milo. sedappp 8/10

Puding roti ni dah berkali-kali buat, asal roti nak expired ke apa ke , ha ni la terpaling harapan. Pastu nanti aku akan buat kuah custard dia. tambah kismis sedapp. Ni pun banyak agak-agak je takde sukatan.

Ayam goreng korea. First time buat tu, aku guna cili kisar dengan madu pastu apatah lagi, 2nd dan seterusnya jumpa sos korea brand melayu, memang guna yang tu jela. Senang dan sedapp , tinggal goreng ayam je

Benda ni tengok resepi orang buat nampak mudah dah sedap. tapi buat sendiri rasa biasa je 😭 tengokla jem tu dah macam bengkang tak jadi

Gi Jepun nampak roti whipping cream strawberry ni, memang tebal dengan sedap betul. Balik tu terus nak try sendiri. Sampai bermixer-mixer nak whip whipping cream tu. Tapi takleh guna roti gardenia, sebab roti diorang tebal dan gebuss. rasa dia 6/10 kot? 


Time ni viral resepi jagung cheese susu 😂 bukan main-main dia punya tak sihat tu, susu+gula+cheese+butter . Tapi rasa dia memang sedapla manis-manis lemak giteww

Viral lagi tiram mentah, aku order sebab punya teringin . Dah kenapa diorang makan nampak sedap sangat, aku siap buat sos sendiri punya nak cicah. Last-last takleh go nak muntah 😔 

Maka bertukar la dia kepada oyster cheesee. Sedap juga tapi tak repeat dah kot dua-dua menu ni. Trauma makan tiram mentah haih. 

Sekian cerita menu bergambar aku setiap satu. Kadang kan aku rasa penulisan aku caca merba sikit.Tapi takpe, hentam jela. Itu sahaja cerita untuk malam ni 😁 . Bye2




0 comments:

Post a Comment