Sebulan yang lepas macamtu , kitorang pergi bercuti sambil melawat adik aku kat Pahang. Murah-murah je gitu. Jadi kami gi cherating bayview resort. Memang sangat nampak lama, Tempat ni dah takde maintanence sangat, kolam dia dah berlumut macam bertahun-tahun dah terbiar. Rasanya tak boleh book dekat booking.com. Available untuk walk in saja mungkin. Tapi yang menariknya, bilik family room untuk 4 orang hanya RM100 sahaja depan laut woo. Dapat 1 chalet tu kat kitorang.
Tapi macamana eh, ni memang privacy. Bukan privacy la hahah tapi kiri kanan takde orang langsung. Untuk orang yang takut hantu ke atau macam tak boleh kalau takde orang kat kiri kanan tak digalakkan la. Tapi macam kitorang ok je, takde rasa takut apa-apa. Sebab malam tu diorang akan bukak lampu. Ada 2 bahagian, satu bahagian yang rumah batu, satu lagi rumah kayu. Harga sama tak silap.
Kitorang ulang alik nak tengok mana lagi best, rumah batu ke rumah kayu. Aku ulang ada dekat 3-4x kot punyala nak buat keputusan betul-betul. Timbang punya timbang aku nampak yang , rumah batu tu lagi kecik, view laut dia tak berapa nampak sebab ada lindung banyak pokok. Tapi dari segi macam bilik air ke lantai nak pijak tu okla sebab mozek. Tapi kan, kitorang suka rumah kayu sebenarnya. Lagipun chalet kayu tu lagi luas biliknya. View pun lagi padu.
0 comments:
Post a Comment