Pages

Thursday, 22 February 2024

Resepi Mushroom soup

Semalam kita try lagi sekali buat mushroom soup versi lain sikit. 

Bahan - bahan
🌸Mushroom
🌸1 batang Celery
🌸1/2 Bawang besar /holland
🌸3 ulas Bawang putih
🌸Blackpepper
🌸Parsley
🌸Oregano
🌸1/3 tin Susu cair /fresh milk
🌸Butter 

Cara-cara
1. Panaskan butter dalam kuali. Tumis bawang putih, besar dan celery sehingga naik bau/ bertukar warna
2. Masukkan cendawan dan gaul - gaul.
3. Masukkan semua bahan kita saute dalam blender. Campur sedikit air. Blend kasar-kasar je
3. Masukkan balik dalam kuali dan taburkan segala blackpepper, oregano dan parsley.
4. Masukkan kiub ayam garam dan susu. Adjust sampai rasa dah sedap kemudian masukkan air tepung sehingga sedikit pekat . Kacau-kacau dan siap!

Resepi ni lain dari yang selalu buat sebab ada tambah celery. Sedap betul. Pastu guna susu cair. Tips dia susu kena lagi banyak dari air supaya ada rasa creamy. Makan dengan roti garlic memang 👍

Wednesday, 21 February 2024

Resepi Spaghetti Goreng

Petang tadi blur dah nak masak apa. Spaghetti tak habis hari tu dengan yang rebus lebih ada lagi. Jadi decide nak bust spaghetti goreng jela

Dia tak macam, Mee goreng. Kira ada lain sikit la 😅

Bahan-bahan 
🌸Spaghetti 
🌸Ayam
🌸Pak choy 
🌸Carrot
🌸1 Cili besar
🌸1/2 bawang besar 
🌸3 ulas bawang putih 
🌸1 sudu kicap 
🌸2 sudu sos cili 
🌸Chili flakes (optional) 
🌸Bebola ikan

Cara-cara
1. Rebus Spaghetti dengan garam dan minyak
2. Tumbuk dengan lesung cili besar, bawang besar dan bawang putih 
3. Potong dada ayam secara menipis
4. Tuang minyak dalam kuali dan masukkan ayam dahulu. 
5. Setelah ayam separuh masak masukkan bahan tumbuk tadi, bebola ikan dan carrot yang di sagat dan batang pakchoy
6. Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap. Perasaan dengan garam, gula dan aji
7. Masukkan pula spaghetti dan sayur pakchoy
8. Lastly masukkan Chili flakes dan gaul-gaul. Siap! 😉

9/10. Senang sangat. Tak guna cili kisar pun 

Tuesday, 20 February 2024

Resepi English Breakfast

Tak sempat nak tangkap gambar elok-elok sebab awal dah dimakan oleh adik huhu

Jadi dulu kalau kami gi hotel selalu la makan omelette ni. Selalu jugak aku perhatikan cara diorg buat dan bahan apa dia letak. Nampak simple je tapi sedap la chef-chef tu buat omelette. Bahan dia betul-betul tomato dan bawang sahaja

Bahan-bahan 
🌸3 biji telur 
🌸1/2 bawang (dadu) 
🌸1/2 tomato (dadu) 

Cara - cara
1. Pecahkan telur dalam mangkuk masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau - kacau
2. Ok yang ni, masukkan minyak dalam non stick pan dengan api yang slow je.
3. Masukkan telur dan campakkan bawang dan tomato. Slow slow tolak telur dari tepi dan ke tengah sehingga telur dah agak boleh flip / lipat ke tengah.  Sebab goal kita nak bagi telur kat dalam tu lembut gebu bukan kering
4. Dah flip bolehlah letak kat pinggan dan siap. Sosej tu boleh tumis dengan butter dan letak sedikit serbuk lada hitam. Siap

Resepi Sweet Potato

Hari tu gi lotus. Ternampak longgokan sweet potato. Kat situ dia letak dua raga. Tapi yang Japanese sweet potato ni colour dia time tengok kat lotus tu. Terang dan cantik betul warnanya. Terus grab dua ketul nak buat ghaso-ghaso

Dah masak warna luntur sikitlah tapi rasa manis dia tak tau nak cakap mcmna. Takyah cicah apa-apa pun dah sedap dan lembut.

Kita guna air fryer je hari tu nak buat ala-ala Korea.

Cara-cara
1. Basuh potato bersih - bersih
2. Masukkan potato dalam air fryer selama 18 min 175°.
3. Keluarkan balik dan rendam kat air selama 1-2 min macam tu.
4. Masukkan balik ke dalam air fryer selama 18 min 175°.
5. Siap! Boleh dimakan bersama salted butter. Perfecto 😍. Sedap sangat bukan exaggerating tapi memang sedap. Terkeluar caramel dia kat luar kulit.

Resepi Ayam Mayonis

Hari tu tengok kat tiktok resepi ayam mayonis guna air fryer dari tiktok syed munawwar. Jadi tiru sebijik sebijik je hehe. 

Taraa. Well nampak biasa je tapi lembut dan juicy kat dalam. 

Bahan-bahan
🌸4 Ayam peha 
🌸2 s/b Mayonis
🌸3 ulas Bawang putih
🌸1 inch Halia
🌸1 s/k Serbuk cili
🌸1 s/bSos tiram
🌸1 s/bSos cili
🌸1 s/bSos tomato
🌸1 s/k Blackpepper

Cara-cara
1. Masukkan bawang putih dan halia. Kemudian campur je semua yang lain tu, tak ikut turutan pun takpe.
2. Kacau - kacau pastu baru masukkan ayam
3. Bakar dalam. Air fryer 12 min suhu 175°. Lepas tu alihkan ayam dan tambah lagi 10 min suhu 175°. Siap. Boleh dimakan begitu sahaja atau kalau nak sedap, cicah la sos cili. Tapi takde sos pun takpe dah. 


Resepi Dumpling Soup


Dumpling soup ni dah buat kelmarin sebenarnya, cuma baru nak update harini. Rupa dia kurang cantik sebab tak cukup daun bawang. Takde hiasan sangat tapi rasa dia sedap betul. 
So first thing first, kita akan buat ketulan Dumpling ni dulu. Kulit dia ni boleh dapat banyak tau. Beli je dekat grocery store. Harga dalam Rm3 macam tu.

Bahan-bahan dumpling
🍗Ayam
🌼Daun bawang
🌼Lada putih
🌼Serbuk bawang putih
🌼1/2 Bawang besar
🌼Garam

Cara-cara
1. Blend ayam yang belum dimasak ke dalam meat grinder.
2. Masukkan semua bahan 🌼 campur dalam ayam. Gaulkan dan set aside
3. Sediakan air dalam piring dan 2 pinggan.
4. Cedok inti dan letak kat tengah dan atas kulit dumpling tu, sapukan air di keliling kulit dumpling dan lipat dua. Dah jadi bentuk sfera atau separuh bulatan, pusingkan separuh lagi dan lipat seperti dalam gambar 👆. Letakkan air lagi untuk lekatkan. Dia akan jadi bentuk bulat gemuk cam tu.

Bahan-bahan sup
🌸Bawang putih
🌸Daun bawang
🌸Kiub ayam

Ok sup dia simple je 
1. Mula-mula tumis kan bawang putih dan daun bawang.
2. Masukkan air dan ambil separuh kiub ayam
3. Masukkan garam dan serbuk perasa
4. Masukkan dumpling tadi ke dalam sup dan siap! Bolehlah dimakan bersama Chili oil.

Kalau untuk chili oil tu simple je. Chili flakes, minyak panas dan kicap. Memang kenyang makan benda ni. Perfect combination la dengan chili oil. ❤️


Resepi Bihun Goreng


Bahan-bahan
🌸Bihun x3 ambil
🌸Cili kisar
🌸Ayam
🌸Sos cili
🌸Sos tiram
🌸Kicap
🌸Lada putih
🌸3 ulas Bawang putih
🌸1/2 Bawang besar
🌸Pak choy

Cara-cara
1. Tumbuk bawang putih dan bawang besar
2. Tumis bawang-bawang dan masukkan cili kisar.
3. Masukkan ayam, dan kacau lalu masukkan sos tiram, cili, kicap, lada putih garam dan gula
4. Masukkan bihun yang telah dicelur dengan air panas 15 min
5. Gaul-gaul dan tambah apa yang patut secukup rasa. 
6. Lastly masukkan sayur pakchoy yang telah di potong empat. Siap

Boleh makan bersama telur dadar. Sebenarnya ni first time buat. Semua cakap sedap hehe cuma putus-putus. Rupa tu tak cantik la. Sebab guna air panas kot time rendam.  Patutnya rendam pakai air biasa je 20 min. Next time kita try lagi. Ok bubyee 😘

Sunday, 18 February 2024

Resepi Ayam Masak Merah


Bahan - bahan
🌼Cili kisar (cili kering +bawang besar+bawang putih)
🌼Bawang besar 
🌼Serai (dititik)
🌼Tomato (blend)/sos tomato 
🌼Sos cili

🌸Ayam 4 ketul 
🌸Kunyit 
➡️Air fry Ayam yang digaul dengan kunyit dan garam selama 175° 15 min 

Cara - cara
1. Panaskan minyak dan masukkan serai
2. Masukkan cili kisar
3. Masukkan ayam yang telah di fry dan bawang. 
3. Masukkan sos cili, tomato, gula, garam dan serbuk perasa. Siap!

Sedappp resepi ni macam kat kedai makan. Sebab ada serai kot. 10/10

Resepi Kubis Masak Lemak

Hari ni lunch ayam masak merah dan kubis masak lemak. Ya Allah gabungan yang sangat sedap walaupun 2 lauk je 
Kalau gi kedai ada dua lauk ni mesti akan ambil sebab match la rasa dia
Bahan - bahan
🌸Kubis
🌸1 biji cili besar 
🌸1 s/b udang kering
🌸1/2 Bawang
🌸1/2 kotak kecil santan

Car-cara
1. Basuh udang kering dan tumbuk.
2. Masukkan air dalam pot bersama udang kering, bawang besar dan bahagian bawah kubis (yang agak keras) dan buka api
3. Kemudian masukkan kubis
4. Masukkan santan, garam, aji/serbuk perasa
5. Hiris kan cili api dan tabur ke dalam pot. Siap dihidangkan


Wednesday, 14 February 2024

Resepi Bubur Berlauk

Dah kerap lalu FYP bubur berlauk ni. Tapi sebab hari ni parent puasa pastu kita pulak kurang sihat jadi rasa nak makan bubur-bubur gitu. Terus teringat nak buat

First time buat dia sedikit renyah tapi bahan simple-simple. Bermacam-macam version resepi kalau tengok kat tiktok. Tapi yang ni version paling mudahlah rasanya. 

Bahan-bahan bubur nasi 
🌼Nasi/beras
🌼Halia
🌼Garam
🌼Serbuk garlic dan onion (optional) 
🌼Kiub ayam

Bahan - bahan kangkung
🌸Kangkung
🌸Bawang putih
🌸Bawang besar
🌸Belacan 
🌸Sos tiram 

Bahan - bahan ayam
🏵️Ayam
🏵️Serbuk garlic dan onion 

Bahan-bahan Chili oil
🌻Chili flakes
🌻Bawang putih 
🌻Kicap


Cara - cara
1. Mula-mula letak air. Agak-agak lebih dari nasi. Kemudian letak semua bahan 🌼. Bukak api dan biarkan sehingga mendidih 
2. Sementara itu, buat kangkung belacan macam biasa 🌸, tumbuk bawang-bawang dan belacan. Tumis kangkung sampai layu masukkan sos tiram dan aji. Siap
3. Ayam tu rebuskan saja sampai kering, masukkan serbuk garlic dan onion. Siap
4. Untuk Chili oil 🌻. Potong bawang putih kecik-kecik. Masukkan dalam mangkuk bersama dengan Chili flakes dan kicap. Tuang minyak panas dan kacau - kacau. Kalau tak cukup manis tambah gula /kicap
5. Lastly lobak putih. Rendam je dalam air. Selesai

Overall tersangat la sedap ❤️. Boleh repeat. Rate 8/10. Next time nak try belajar buat bubur nasi versi beras. 

Saturday, 10 February 2024

Resepi Mapo Tofu

Dah lama dah sebelum ni dok tengok resepi Mapo tofu dekat mana tiktok. Tapi sebab haritu kitorang pergi makan kat restoran Mohd Chan. Chinese Muslim foods gitu. Dia ada lauk mapo tofu. RM19 harganya. Tapi time tu kami order yang lain. Kemudian baru semalam la aku teringat nak buat sebab tofu tu dah beli kelmarin dah
Bahan-bahan
🌼Tofu
🌼Daun bawang
🌼Bawang putih (2-3 ulas) dadukan
🌼Cili kisar 
🌼Ayam/daging cincang 
🌼Sos tiram
🌼Lada putih 
🌼Kicap
🌼Garam dan gula
🌼Tepung

Cara-cara 
1. Basuh ayam bahagian dada bersih-bersih kemudian masukkan dalam meat grinder. Kalau takde pakai pisau je bagi jadi ayam cincang
2. Tofu tu kan petak. Jadi mula-mula bahagi dua horizontal(mendatar) . Lepas tu, baru potong bentuk dadu. Celur dalam air panas 2 minit
3. Tumis bawang putih dan daun bawang dalam kuali. Minyak agak-agak dalam 5 sudu. 
4. Dah naik bau masukkan ayam cincang dan kacau. 
5. Masukkan 1 sudu cili kisar 
6. Kemudian masukkan sos tiram, lada putih, kicap, serbuk perasa garam dan gula. 
7. Masukkan tofu tadi ke dalam kuah 
8. Untuk pekatkan kuah tambah air tepung gandum. 
9. Taburkan lebihan daun bawang dan siap! 

Sebab kat luar cerah sikit 😅. Nampak sedapkan.Jadila kita punya mapo tofu untuk first trial. Rasa dia lembut dan sedap sangat. Mungkin sebab tofu tu dah celur dulu, jadi melt dalam mulut gitu. Murah kalau buat sendiri. Senang pun senang. Tak complicated sangat.. 8/10

Resepi Fish and Chip rangup

Hi. Harini aku try buat fish and chip. Tak pernah lagi buat. Sebelum ni banyak order kat kedai je sambil terfikir. Rangup betul eh diorang buat. Lepas tu harini aku scroll tiktok cari resepi. Jumpa khairul gaming punya resepi. Tapi aku ada campur sikit dengan resepi mat saleh hehe r&d gitu. 

Bahan - bahan
❤️ Ikan fish and chip yang dalam plastik tu. Tak ingat namaa
❤️ Tepung gandum 4 sudu
❤️ Tepung jagung 2 sudu
❤️ Garlic powder
❤️ Lada putih
❤️ Garam
❤️ Serbuk Paprika /Serbuk cili

Cara-cara 
1. Basuh ikan dulu bersih-bersih. Keringkan ikan guna tisu dapur.
2. Sapukan garam, blackpaper, garlic powder dekat ikan. Biarkan 
3. Dalam mangkuk yang lain, masukkan tepung gandum dan jagung, kemudian masukkan baking powder, garlic powder, garam, serbuk cili dan garam. Gaulkan
4. Masukkan air dalam mangkuk tadi sehingga adunan tu sedang-sedang. Tak terlalu pekat tak terlalu cair.
5. Panaskan minyak. Bagi penuh biar ikan tenggelam. Celup kan ikan dalam bater dan goreng sehingga ikan colour golden
6. Boleh angkat

Cara-cara buat tartar sauce
🌸Mayonis
🌸Parsley
🌸Onion/garlic powder (optional)
🌸Garam
🌸Perahan lemon
🌸Masukkan sedikit air

Yang ni potong dadu bawang, yang lain campurkan je sekali. Dh siap. Boleh makan❤️
Review by adik sebab dia peminat fish and chip. Katanya sedap dan rangup sebiji mcm kat kedai. Habis dia makan.