Pages

Sunday, 3 November 2024

Yangnyeom Gejang (Ketam masak pedas Korea)

Di hari ahad yang indah. Sambil hujan2 ni kita buat ketam Korea. Harini tiba2 umi peringat balik ketam tu..memang dah lama perhati ketam Korea ni. Asyik lalu kat tiktok. Ig reel pun asyik lalu 😂😭. Sebab selalu tekan kot. Mula2 dulu memang dh teringin lama nak buat. Tapi nak kena beli gochugaru. Jadi rasa mcm kurang rajin. Tiba-tiba ni naik resepi dari Tara. Dia guna serbuk cili. Bolela try-try dulu. Tapi kita ada adjust sikit, nak bagi sesuai sebab takde kicap masin. 


Bahan-bahan 
💙Ketam 2 ketul 
💙Cuka 4 sudu

Bahan-bahan sos 
🩵 Serbuk cili 5 sudu 
🩵 Bawang putih 1 sudu (tumbuk) 
🩵 Halia 1/2 (tumbuk) 
🩵 Gula 2 sudu
🩵 Kicap manis 5 sudu
🩵 Air kosong 2-3 sudu

Cara-cara
1. Potong dan cuci ketam. 1 ketam tu belah dua.
2. Rendam ketam bersama cuka selama 5 minit
3. Untuk. Sos, masukkan semua bahan 🩵 dan gaulkan
4. Rebus ketam tadi 1 minit (optional). Resepi asal ketam tu tak masak. Tos dan angkat 
5. Gaulkan ketam dalam sos teadi dan masukkan dalam bekas kedap udara.
9. Simpan dalam peti ais 3 hari

Nanti lagi 3 hari kita update semula.

Update : hehe tak berapa sedap 😅. Rasa serbuk cili tak masak tu.. Tapi bila ingat balik rasa dia, mcm pernah try la dulu. Takleh repeat dh. Kalau nak buat lain pun kena guna cili yg mmg org Korea guna tu kot. 🌟🌟🌟 Bintang cukup la eh. 

Tuesday, 20 August 2024

Resepi Kailan Ikan Masin


Bahan-bahan 
🍇 Ikan masin (talang/tenggiri)
🍇 Bawang putih 3 ulas
🍇 Bawang besar 1/2
🍇 Cili padi 3-4 tangkai 
🍇 Tomato 1/2
🍇 Sos tiram 

Cara-cara 
1. Masukkan sedikit minyak dan tumis ikan kering yang dipotong dadu sampai naik bau 
2. Masukkan bawang putih, bawang besar dan cili padi yang telah dipotong
3. Tumis sebentar dan masukkan sos tiram. Kemudian masukkan batang kailan dan sedikit air dahulu 
4. Dalam 1-2 minit dah boleh masukkan daun Kailan yang telah dipotong kecil
5. Masukkan sedikit garam, gula dan serbuk perasa. Kemudian masukkan tomato
6. Kacau - kacau dan siap! 




Monday, 22 July 2024

Book : Bahagia Cara Kita by Syira lokman


Just finished reading this book. Ahhh.. Buku yang sangat menenangkan, dan cantik penulisan nya. Perfect. It's 10/10.

Betapa bertuahnya aku, sebab dapat baca buku ni. Sudahlah covernya menarik, cantik. Dan sangat selesa untuk dibaca. It feels like home. 

Buku ni memberi ilmu yang sangat bermanfaat. Helai demi helaian, tak terasa bosan. Nak explain lebih tapi kurang reti hehe. 

Tulisannya sangat bersahaja, dan sesuai untuk golongan umur dari belia hingga ke dewasa. Sangat cantik dan positif semuanya. Ish sebenarnya taktau nak cakap mcmna. Tapi best sangat

Jangan cepat terasa dan take too personal. Bab ni adalah salah satu bab yang aku suka, dia cakap mungkin itu memang cara dia,  jadi tak perlu kita terlalu mengambil hati. Anggap saja memang dh mcmtu hahaa. 

Rasa macam nak beli satu. Buat koleksi 
⭐⭐⭐⭐⭐

Sunday, 12 May 2024

Resepi Panna Cotta

Panna cotta ni adalah antara menu desert yang tersedap yang pernah makan kat hotel UITM. Time tu diorg buat panna cotta strawberry. Sedap yang amat. Sampai masa makan tu terfikir. Apa eh diorg letak dalam ni. Rasa lemak manis masin. Tambah pulak makan dengan strawberi jam..heaven

Then kelmarin ada kawan sekolah nak datang raya rumah. Kat kepala ni macam-macam menu dah fikir nak buat. Jadi fikir fikir, pastu decide nak buat spaghetti bolognese dengan desert sagu gula melaka, roti telur mayo dan panna cotta.


Panna cotta mango. Please. Sedap yg amat. 

Bahan-bahan 
🌸200ml whipping cream 
🌸400ml fresh milk
🌸1 s/b gelatin
🌸Gula

Cara-cara 
1. Campurkan whipping cream dan fresh milk. 
2. Buka api dan panaskan campuran tersebut hingga naik wap
3. Masukkan gelatin yang dicampurkan dengan sedikit air panas
4. Tuang dalam bekas dan masukkan ke dalam peti ais
5. Untuk topping dia. Blend separuh buah mangga bersama air 
6. Lagi sebelah mangga potong dadu dan taburkan ke atas panna cotta yang telah di chill kan 5-6 jam

                   Yang ini desert umi hehe 
Ala2 hi tea kat hotel gitu hehe. Semua tu beli kat shopee. Air tu boleh letak 3 jenis air. Siap boleh pusing - pusing. Lagi satu tu sagu. Saja buat 2 warna nak bagi nampak cantik. Ada mix-mix colour. Gambar hidangan yang lain tak sempat nak tangkap. Dah habis raya ni, takdela lemang dan rendang. Menu yang umi buat nasi hujan panas, ayam masak merah dengan acar.

Tapi kan Spaghetti bolognese tu aku buat from scratch tau. Maksudnya. Tak pakai tomato puree/prego. Memang rebus tomato, pastu blend dan letak herbs sendiri. Terharu sebab diorg makan sampai habis 😭😭. Siap aku masak sekali lagi buat round 2. Apapun rasa seronok la jamu orang makan. Rasa happy gitu. Air paling laku kat situ soda blue lemon. Hahaha tapi lawak la. Ada sorg classmate aku tu. Dia minum air tu pastu muka dia 🤣😂. Muka teruja betul sampai bulat mata dia minum. Taktaula sebab masam ke apa. Sampai risau aku dibuatnya. Tapi bila tengok air tu habis. Rasanya ok la kot.. Best dengar kawan-kawan sekolah punya cerita, masing2 rasa macam wahh.. Semuanya dah ada kehidupan masing-masing. Ada yang jadi ni jadi tu. Membawa aku ke memori yang lepas. Tak sangka yang dah dekat 10 tahun tinggalkan sekolah. Apapun semoga yang baik-baik sahaja pada semua orang. Ada rezeki berjumpa lagi. Assalamualaikum.. 


Thursday, 9 May 2024

Resepi Ayam Masak Lemak


Bahan-bahan 
🌸Ayam
🌸Ubi
🌸Daun limau purut
🌸Serai

Bahan kisar
🌸Bawang besar
🌸Cili padi
🌸Bawang putih
🌸Kunyit hidup

Cara-cara 
1. Masukkan serai dan bahan kisar dalam kuali Kemudian masukkan sedikit air. 
2. Masukkan ayam, ubi dan sedikit serbuk kunyit. Biarkan ayam separuh masak
3. Bila ubi dah agak lembut. Masukkan santan, daun limau purut, garam, gula dan serbuk perasa. 
4. Tutup api dan siap! 

Buat masak lemak ni kena lebihkan santan kalau nak kuah pekat. 

Tuesday, 23 April 2024

Resepi Kobis Goreng



Bahan-bahan 
🌼Kobis
🌼Kicap
🌼Sos tiram
🌼Cili api
🌼Bawang putih

Cara-cara 
1. Potong bawang putih dan cili api
2. Tumis bawang dan cili sehingga naik bau.
3. Masukkan kubis yang telah dipotong dan dicuci bersih.
4. Gaul sekejap, kemudian masukkan sedikit kicap dan sos tiram.
5. Masukkan garam dan serbuk perasa (optional). Gaul-gaul dan siap!


Resepi Telur Masam Manis


Tengahari tadi masak menu simple je. Makan dengan sayur kubis goreng 


Bahan-bahan 
🌸 Telur 4 biji
🌸 2 sudu Sos tomato
🌸 2 sudu Sos cili
🌸 2 ulas Bawang putih
🌸 1/2 Bawang besar
🌸 Cili merah
🌸 Sos tiram
🌸 Asam jawa

Cara-cara 
1. Goreng telur
2. Potong bawang besar, bawang putih dan cili merah.
3. Tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sedikit air asam jawa
5. Kemudian, masukkan sedikit air, garam, gula dan serbuk perasa.
6. Boleh masukkan telur yang digoreng tadi. Siapp

Simple senang dan cepat. 

Monday, 22 April 2024

Resepi Bua Loy Thai (Puteri Mandi)


Jadi, harini puasa Syawal. Baru day 2. Umi buat ayam masak merah dengan acar. Apa ya makanan tu.. Haa nasi hujan panas. Lepastu takde desert. Dok search jugak, desert apa yang senang dan boleh guna bahan yang ada kat rumah. Dann tadaaaaaa~. Terjumpa la dia ni

Comel kannn 😍😆. Ni la makanan paling comelll yang pernah dibuat. Bunga bunga gitu. Bawah ni, gambar before 

time buat doh dia. Macam main playdoh masa kekanak dulu 😆

Gambar setelah direbus. Dia kan hahaha, yang best tu time makan tau. Dia rasa gembira semacam 😂. Pastu masuk satu-satu bunga tu dalam mulut.. Eyyyy geram rasa. Rasa dia manis lemak masin. Complete! Enjoy betul proses buat benda ni hehee

Bahan-bahan doh
🌸 1 cawan tepung pulut 
🌸 2 sudu tepung ubi 
🌸 Garam
🌸 Air

Bahan-bahan kuah santan 
🌼 Santan
🌼 Garam 
🌼 Gula
🌼 Daun pandan

Cara-cara 
1. Untuk buat doh bunga tu, mula-mula campurkan tepung pulut, tepung ubi dan garam. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sampai la dia jadi doh yang boleh buat bulat-bulat 
2. Asingkan kepada 4 bahagian.setiap satu doh, masukkan sedikit pewarna hijau, biru, merah. Bahagian last tu biar dia tanpa warna
3. Buat 5 bulatan untuk kelopak dan 1 bulatan kecik warna putih. Sambung - sambung dah siap. 
4. Bukak api dan masukkan air sehingga separuh penuh. Letak semua bunga ke dalam air yang mendidih. Kalau bunga dah timbul tu boleh angkat dah. 
4. Untuk kuah, cuma campurkan satu kotak santan, garam, gula dan daun pandan dalam tu. Biarkan sampai mendidih dan tutup api. Aku masukkan sikit susu kotak sebab santan ada separuh je.
5. Lastly, masukkanlah kuah tu ke dalam bunga kita tadi. Siap! 

Sedap dan boleh repeat lagi. 10/10






Saturday, 20 April 2024

Resepi Chicken Nanban


Bahan-bahan 
🌸Ayam thigh 2 pieces 
🌸Tepung gandum 
🌸Tepung jagung
🌸Telur 
🌸Mayonis
🌸Bawang Holland 
🌸Lada hitam 
🌸Kicap 
🌸Serbuk cili 
🌸Kobis

Cara-cara
1. Asingkan tulang dan isi dari ayam thigh. Kalau nak senang beli ayam chicken chop.
2. Ayam tadi letak garam dan lada hitam.
3. Campur tepung gandum dan sedikit tepung jagung, garam, garlic powder, serbuk cili. Masukkan ayam kedalam tepung. 
4. Untuk buat kicap. Dalam pan yang panas, masukkan kicap, cili merah, gula cuka dan sedikit air. 
5. Sos putih . Masukkan 2 telur rebus yang dihancurkan dengan garpu, mayonis, cuka, bawang holland, fresh milk. 
6. Pecahkan telur dan masukkan sedikit garam. Celup ayam tadi ke dalam telur dan goreng dalam minyak yang banyak. 
7. Angkat dan toskan ayam, celup ke dalam kuah kicap
8. Potong kobis dan hidang ke atas pinggan, masukkan ayam dan tuang sos putih ke atas ayam. Siap! 

Personally rasa dia around 7/10 je. Tapi adik haritu mintak buat kan lagi kali kedua, maksudnya ok la kot huhu


Sunday, 7 April 2024

Resepi Ikan Masak Kuali


First time dengar nama makanan ni kan. Dia macam.. Apatu masak kuali 😂. Pelik - pelik eh nama. Keluar FYP hamdan apatah nama dia, buat masakan ni. Nampak 🤤 sangat. Barula harini puasa day 27 sempat buat.

Tahun ni kan rasa sekejap sangat puasa. Tak sempat nak buat apa. Eh tiba-tiba dah habis sebulan. 3 hari je lagi puasa. Tahun depan taktau la ada rezeki ke tak lagi untuk sambut ramadhan. Harap-harap masih ada.. Semoga penutup ramadhan kali ni semuanya baik-baik sahaja. Start fresh gitu 🥰

Sumpah memang campuran dia takleh brain sikit sebab dia letak sambal belacan 😂 tapi ada santan. Mcm masak lemak sambal geprek

Bahan-bahan 
🌹Ikan siakap 
🌹Serbuk kunyit 
🌹Serai
🌹Tomato
🌹Air asam jawa (optional ) 
🌸Halia besar ibu jari
🌸Kunyit 1-3 ulas
🌸Belacan
🌸Cili besar 3-5
🌸Bawang besar 1 biji
🌸Bawang putih 3 ulas

Cara-cara
1. Gaulkan ikan siakap dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng sehingga masak
2. Menggunakan penumbuk sambal, tumbuk semua bahan 🌸 
4. Tumbuk 3 serai
3. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan serai terlebih dahulu. 
4. Masukkan bahan tumbuk 🌸, tomato yang dipotong dadu dan air asam jawa
5. Masukkan santan, serbuk perasa, garam dan sedikit gula. Agak-agak dah cukup rasa, tutup api dan tuang atas ikan goreng tadi. Siap! 

Family cakap rasa dia lagi sedap dari sweet and sour. Masam manis masin dia tu rasa balance dan ditambah dengan rasa lemak-lemak santan. ❤️


Wednesday, 3 April 2024

Random Food Post


Ni semua yang takde resepi. Sebenarnya masak lebih daripada ni. Tapi most of the time tak sempat tangkap gambar, tak rajin nak letak resepi. Jadi ni jelah yang ada. Seronok try benda baru. Lagi seronok bila kita masak sedap, pastu orang puji. Rasa puas hati dan gembira sangat 🥰

Tapi cons of try new recipe ni. Emm tak banyak sangat makanan kampung . More to western. Kadang tu Chinese, orea. Campur - campur dah. Kalau makanan melayu yang rendang tu belum pernah try. Kuih raya tradisional Melayu pun hmm tak sangat. Asyik sibuk dengan puding cocktail la, puding caramel, roti bun. Tapi kebanyakan menu sayur Melayu dah pernah buat, macam labu dan nenas masak lemak kuning, tauge, kangkung belacan. Yang rasanya tak pernah lagi buat ialah, ayam dan ikan sambal, nangka, kerabu

This one is buttermilk chicken with salted egg, Tauhu telur masak sos dan pak choy 
Time ni dua menu
Spaghetti bolognese dan half cooked egg with paratha

Resepi Subway

Harini adik request subway. Hmm dia gi beli roti Perancis kat kedai. Padahal boleh buat sendiri. Keras sikit la roti dia.

Bahan - bahan
🌸Tomato
🌸Bawang besar
🌸Timun
🌸Capsicum
🌸Salad
🌸Thousand island
🌸Mayonis
🌸Chili sauce
🌸Mozarella cheese
🌸Chicken slice

Cara-cara 
1. Belah tengah roti Perancis tu kemudian susun satu persatu bahan. Mula-mula letak Chicken Slice dan salad dahulu, kemudian teruskan dengan yang lain. Letak cheese kat tengah. Dan di atas sekali
2. Panaskan oven 180°c 10 min dan siap

Lepas ni kena tukar roti. Yang roti ni terlebih crunchy huhu 😅

Tuesday, 2 April 2024

Resepi Pizza

Jadi kelmarin kot tak silap. Sebab adik suka makan Pizza Hut. Tapi sebab kita dah boikot jadi kena buat sendiri jela. Doh pizza tu mula-mula rasa nak buat sendiri sebab Bahan-bahan dia macam buat roti asas biasa je. Tapi tak sempat sebab nak bukak puasa dah. Jadi kami pergi lotus dan cari la segala cheese, salami chicken sebab tak jumpa pepperoni, Paprika, dan doh pizza yang dah siap tu. Untuk sos dia tu tak rasa nak beli sebab harga sos prego tu dekat rm17 kot tak silap. 😓 Tomato pulak 6 biji besar rm2 je. Hmm balik buat sendiri jela.

So bahan - bahannya ialah
🌸 Pizza doh
🍁 Sos pizza
🌸 Slice chicken/salami/pepperoni anything yang nampak macam slice daging
🌸Mozarella cheese
🌸Paprika/ capsicum 
🌸Bawang besar 
☘️Minced chicken 

Bahan-bahan minced chicken ☘️
☘️ Ayam 
☘️ Serbuk cili
☘️ Serbuk perasa 

Cara-cara 
1. Masukkan isi ayam ke dalam meat grinder
2. Masukkan ayam yang telah di gaul dengan serbuk cili dan serbuk perasa ke dalam pan sehingga ayam masak. Boleh tambah garam. Siap! 

Untuk bahan-bahan sos pizza 🍁
🍁4 biji tomato
🍁Oregano
🍁Basil
🍁Bawang besar
🍁Bawang putih
🍁Sos tomato
🍁Serbuk cili (optional) 
🍁Chili flakes (optional)

Cara-cara buat sos pizza
1. Rebus tomato dalam 3-4 minit atau sehingga tomato lembut (cucuk dengan garfu )
2. Blend tomato dalam pengisar/meat grinder 
3. Ambil minyak /butter, tumis kan bawang putih dan bawang besar yang dicincang.
4. Masukkan tomato yang telah di blend ke dalam kuali.
5. Masukkan basil, oregano, sos tomato, garam, gula dll kedalam kuali dan kacau - kacau sehingga kuah memekat
6. Siap!

Ok untuk main part dah siap. Pizza doh pulak.

1. Keluarkan pizza doh, sapukan sos kita tadi atas dia. Terbanyak takpe.
2. Taburkan cheese first layer.
3. Taburkan bawang besar, capcicum dan slice salami dan minced chicken tu kat atas pizza
4. Last sekali taburkan cheese. Lagi banyak lagi sedap
5. Masukkan ke dalam oven yang telah di preheat. Suhu 200°C  20 minit


Taraa. Begitulah hasilnya
Memang sedap dan jimat banyak 😋😇. Boleh tabur cheese ikut suka. Daging pun isi penuh padat. 9/10. Kalau makan dengan mushroom soup lagi sedap

Resepi Ayam Gepuk

Harini decide nak buat ayam gepuk. Dah beli kacang gajus tu lama dah. Cuma tak buat-buat. Lepastu tengok resepi kat tiktok

Bahan-bahan 
🌸Kubis
🌸Tempe 
🌸Tauhu
🌸Ayam
🌸Tepung beras 
🍄Halia
🍄Lengkuas
🍄Biji
🍄Serbuk kunyit
🍄Garam

Blend semua bahan 🍄 dengan sedikit air dan tuang ke atas ayam. Perap dalam peti ais

Bahan-bahan sambal
❤️Cili kecil 7-8
❤️Garam
❤️Serbuk perasa

Tumbuk semua bahan ❤️ dan biarkan. Tumbuk juga kacang gajus 

Cara-cara 
1. Rebus ayam yang telah di perap. Dah agak masak boleh ketepikan 
2. Panaskan minyak dalam kuali. Minyak dah agak panas, masukkan sedikit ke dalam mangkuk yang berisi kacang dan sambal yang dah tumbuk tadi. 
3. Minyak yang sama goreng sayur kubis, tempe dan tauhu yang telah di gaul dengan air perapan ayam+tepung beras+ telur. 
3. Gorengkan pula ayam. 
4. Untuk kicap, campurkan tepung jagung dengan air dan letak dalam pan. Kacau - kacau dan tuang kicap dan sedikit gula. Dah agak pekat boleh tuang ke dalam mangkuk 
4. Siap 

Apa ya rate dia 7/10 kot 😅. Sambal kurang pedas dan kacang tu tak tumbuk bagi hancur sangat . Sebab biasa makan kat pak gembus sedap banyak + kicap pekat dia pun sedapp 😂. Tapi best la untuk try-try.. 

Room for improvement ialah sambal dan kacang. Gitu. Byee2 assalamualaikum 


Sunday, 24 March 2024

Resepi Kari Ayam

Buka puasa kelmarin. Ada buat kari ayam dengan hati ayam masak kicap. Kalau yang lain umi buat. Resepi ni pun ambik dari tiktok zulin aziz. Tapi saya skip kerisik dan asam jawa. Memang 👍

Bahan-bahan 
🌸Bawang putih 
🌸Bawang besar 
🌸Halia
🌸3 sekawan 
🌸Daun kari
🌸Daun pandan
❤️Perencah kari ayam
❤️Serbuk cili
🌼Santan 
🌼Ubi kentang 
🌼Ayam

Cara-cara 
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan 🌸
2. Bancuh perencah kari ayam dan serbuk cili dalam satu mangkuk dan masukkan dalam kuali 
3. Masukkan ubi kentang dan ayam. Gaul-gaul sikit, kemudian masukkan sedikit air
4. Biar sampai kentang empuk. Kemudian masukkan garam, serbuk perasa dan santan. Siap! 

Ikut resepi ni sebiji-sebiji terus jadi. Okla itu saja entry harini. Bye2



Resepi Desert Creamy Sagu Mangga


Desert berbuka semalam. Apa ya orang panggil ni. Mango? 

Terjumpa resepi ni kat tiktok. Orang kata ni resepi KA. Tapi ni lagi sedap dari Strawberry punya version. 

Bahan-bahan sos mangga
🍄2 biji mangga
🍄3 sudu susu pekat
🍄Santan
🍁Susu cair
🍁Sagu
🍁Nata de coco
Cara-cara 
1. Panaskan air dan masukkan sagu. Kacau sehingga masak
2. Potong 1 biji mangga dan masukkan dalam grinder. 1 biji lagi buat dadu. 
3. Masukkan santan dan susu pekat agak-agak. Boleh blend sehingga kuahnya pekat
3. Boleh hidang. Caranya,. Masukkan sagu dulu kemudian nata de coco, susu cair dan taburkan mangga yang telah didadu. Siap

Kalau tak sempat nak masukkan sagu dalam peti ais boleh letak ais. Sedapnya 🤤


Resepi Kentang Putar ala KFC

Semalam puasa buat ala-ala western. Kemudian ada tengok resepi mashed potato ala KFC. Tka pernah try. Tapi sumpah rupa dia sama. Rasa je kot lain sikit. Tapi sedap hehe

Bahan-bahan kentang 
🍄4 biji kentang
🍄Garam
🍄Blackpepper
🍄Butter

Bahan-bahan kuah/gravy
🍁Stok ayam
🍁Tepung jagung
🍁1 sb Sos tiram
🍁1sk Kicap
🍁Garam

Cara-cara nak buat kentang 
1. Kupas dan potong kentang kecil-kecil dan rebus sehingga kentang empuk
2. Masukkan dalam meat grinder dan letakkan butter, garam dan blackpepper
3. Siap

Cara-cara nak sos blackpepper 
1. Masukkan air ke dalam pan
2. Masukkan setengah kiub ayam 
3. Masukkan sos tiram, sedikit kicap dan garam
4. Masukkan air tepung jagung dan tutup api. Siap! 

Dah boleh hidangkan. Tapi serius sos ni memang lagi senang dari yang biasa. Sebab tak perlu tumis bawang blend dll. 

Btw ni la menu berbuka semalam hehe. Umi pulak buat laksamee. Alhamdulillah 

Friday, 22 March 2024

Resepi Ikan Filet Cili Kering


Assalamualaikum hi. 

Sempena bulan puasa Day 11. Harini try buat resepi filet cili kering ni. Selalunya buat Sweet and sour. Cerita dia sempena ramadhan ni banyak nak diet je. Jadi selalu makan satu/dua lauk dengan salad bersama budu. Mcmtula hari-hari.

Bahan-bahan ikan 
🌸1/2 ikan filet
🌸Tepung jagung
🌸Blackpepper
🌸Garam

Bahan - bahan sos
🌸1/2 Bawang besar 
🌸2 ulas Bawang kecil
🌸Cili kering 7-8
🌸Daun kari 
🌸Sos tiram
🌸Kicap

Cara - cara
1. Gaul kan ikan yang dicuci dengan garam dan Blackpepper. Campur sekali dengan tepung
2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga warna keemasan
3. Tuang lebihan minyak dan tumis bawang besar dan kecil bersama cili kering dan daun kari
4. Tumis sehingga naik bau dan tuangkan sos tiram dan kicap manis.
5. Masukkan sedikit serbuk perasa dan garam.
6. Masukkan air dan juga air tepung untuk memekatkan kuah (guna tepung untuk gaul ikan tadi je, campur sikit dengan air)
7. Last sekali masukkan ikan filet yang telah digoreng ke dalam kuali. Kacau sikit dan siap!

Rasa dia lagi sedap dari filet sweet and sour

Wednesday, 13 March 2024

Ramadhan 2024

Alhamdulillah. Di usia ku yang dah 26 tahun. Allah swt masih lagi bagi peluang untuk aku bernafas dan menyambut ramadhan tahun ni. Setiap tahun kan, sebelum ramadhan habis selalu aku teringat. Ish dapat ke aku sambut ramadhan next year. Sempat ke. Jadi aku akan usaha sungguh-sungguh untuk dapatkan lailatulqadar setiap tahun sebab takut takde rezeki nak puasa tahun berikutnya.. Tapi alhamdulillah ok aja

So untuk tahun ni punya azam ramadhan. Plan aku nak try buat solat sunat rawatib tu. Kalau boleh taknak tinggal. Dhuha pun sama. Dan nak mendalami setiap juz di samping khatam 30 juz.

Nak baca buku dan sirah nabi, zikir sehari sekurang kurangnya 1000x sehari. Tak termasuk zikir lepas solat. Nak buat tahajjud dan kurangkan tidur kot.

Emm taknak lebih-lebih takut tak konsisten. Tapi takpe insyaAllah try mana yang boleh. Semoga dapat khatam Al Quran dan jadi orang yang lebih baik lepas ramadhan . Aminn 😊😊

Resepi Cendawan Goreng

Bahan-bahan
🌸Cendawan 1/2 plastik
🌸Cili giling/kisar/serbuk cili
🌸Garam
🌸Serbuk perasa
🌸1 1/2 sudu tepung gandum
🌸1 1/2 sudu tepung beras

Cara - cara
1. Basuh cendawan dan perah sampai kering. Lap dengan tisu dapur
2. Masukkan tepung2, garam, serbuk perasa ke dalam satu bekas
3. Ambil cendawan yang telah diperah dan gaulkan ke dalam adunan tepung kering
4. Keluarkan cendawan letak dalam mangkuk berasingan dan percikkan sedikit air dan masukkan cili giling.
5. Masukkan cendawan kembali ke dalam mangkuk berisi campuran tepung.
6. Panaskan minyak dan masukkan cendawan. Goreng sehingga kaler bertukar kepada Golden Brown. Siap!

Resepi ni simple, tak perlu pakai tepung segera pun dah rangup.

Thursday, 22 February 2024

Resepi Mushroom soup

Semalam kita try lagi sekali buat mushroom soup versi lain sikit. 

Bahan - bahan
🌸Mushroom
🌸1 batang Celery
🌸1/2 Bawang besar /holland
🌸3 ulas Bawang putih
🌸Blackpepper
🌸Parsley
🌸Oregano
🌸1/3 tin Susu cair /fresh milk
🌸Butter 

Cara-cara
1. Panaskan butter dalam kuali. Tumis bawang putih, besar dan celery sehingga naik bau/ bertukar warna
2. Masukkan cendawan dan gaul - gaul.
3. Masukkan semua bahan kita saute dalam blender. Campur sedikit air. Blend kasar-kasar je
3. Masukkan balik dalam kuali dan taburkan segala blackpepper, oregano dan parsley.
4. Masukkan kiub ayam garam dan susu. Adjust sampai rasa dah sedap kemudian masukkan air tepung sehingga sedikit pekat . Kacau-kacau dan siap!

Resepi ni lain dari yang selalu buat sebab ada tambah celery. Sedap betul. Pastu guna susu cair. Tips dia susu kena lagi banyak dari air supaya ada rasa creamy. Makan dengan roti garlic memang 👍

Wednesday, 21 February 2024

Resepi Spaghetti Goreng

Petang tadi blur dah nak masak apa. Spaghetti tak habis hari tu dengan yang rebus lebih ada lagi. Jadi decide nak bust spaghetti goreng jela

Dia tak macam, Mee goreng. Kira ada lain sikit la 😅

Bahan-bahan 
🌸Spaghetti 
🌸Ayam
🌸Pak choy 
🌸Carrot
🌸1 Cili besar
🌸1/2 bawang besar 
🌸3 ulas bawang putih 
🌸1 sudu kicap 
🌸2 sudu sos cili 
🌸Chili flakes (optional) 
🌸Bebola ikan

Cara-cara
1. Rebus Spaghetti dengan garam dan minyak
2. Tumbuk dengan lesung cili besar, bawang besar dan bawang putih 
3. Potong dada ayam secara menipis
4. Tuang minyak dalam kuali dan masukkan ayam dahulu. 
5. Setelah ayam separuh masak masukkan bahan tumbuk tadi, bebola ikan dan carrot yang di sagat dan batang pakchoy
6. Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap. Perasaan dengan garam, gula dan aji
7. Masukkan pula spaghetti dan sayur pakchoy
8. Lastly masukkan Chili flakes dan gaul-gaul. Siap! 😉

9/10. Senang sangat. Tak guna cili kisar pun 

Tuesday, 20 February 2024

Resepi English Breakfast

Tak sempat nak tangkap gambar elok-elok sebab awal dah dimakan oleh adik huhu

Jadi dulu kalau kami gi hotel selalu la makan omelette ni. Selalu jugak aku perhatikan cara diorg buat dan bahan apa dia letak. Nampak simple je tapi sedap la chef-chef tu buat omelette. Bahan dia betul-betul tomato dan bawang sahaja

Bahan-bahan 
🌸3 biji telur 
🌸1/2 bawang (dadu) 
🌸1/2 tomato (dadu) 

Cara - cara
1. Pecahkan telur dalam mangkuk masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau - kacau
2. Ok yang ni, masukkan minyak dalam non stick pan dengan api yang slow je.
3. Masukkan telur dan campakkan bawang dan tomato. Slow slow tolak telur dari tepi dan ke tengah sehingga telur dah agak boleh flip / lipat ke tengah.  Sebab goal kita nak bagi telur kat dalam tu lembut gebu bukan kering
4. Dah flip bolehlah letak kat pinggan dan siap. Sosej tu boleh tumis dengan butter dan letak sedikit serbuk lada hitam. Siap

Resepi Sweet Potato

Hari tu gi lotus. Ternampak longgokan sweet potato. Kat situ dia letak dua raga. Tapi yang Japanese sweet potato ni colour dia time tengok kat lotus tu. Terang dan cantik betul warnanya. Terus grab dua ketul nak buat ghaso-ghaso

Dah masak warna luntur sikitlah tapi rasa manis dia tak tau nak cakap mcmna. Takyah cicah apa-apa pun dah sedap dan lembut.

Kita guna air fryer je hari tu nak buat ala-ala Korea.

Cara-cara
1. Basuh potato bersih - bersih
2. Masukkan potato dalam air fryer selama 18 min 175°.
3. Keluarkan balik dan rendam kat air selama 1-2 min macam tu.
4. Masukkan balik ke dalam air fryer selama 18 min 175°.
5. Siap! Boleh dimakan bersama salted butter. Perfecto 😍. Sedap sangat bukan exaggerating tapi memang sedap. Terkeluar caramel dia kat luar kulit.

Resepi Ayam Mayonis

Hari tu tengok kat tiktok resepi ayam mayonis guna air fryer dari tiktok syed munawwar. Jadi tiru sebijik sebijik je hehe. 

Taraa. Well nampak biasa je tapi lembut dan juicy kat dalam. 

Bahan-bahan
🌸4 Ayam peha 
🌸2 s/b Mayonis
🌸3 ulas Bawang putih
🌸1 inch Halia
🌸1 s/k Serbuk cili
🌸1 s/bSos tiram
🌸1 s/bSos cili
🌸1 s/bSos tomato
🌸1 s/k Blackpepper

Cara-cara
1. Masukkan bawang putih dan halia. Kemudian campur je semua yang lain tu, tak ikut turutan pun takpe.
2. Kacau - kacau pastu baru masukkan ayam
3. Bakar dalam. Air fryer 12 min suhu 175°. Lepas tu alihkan ayam dan tambah lagi 10 min suhu 175°. Siap. Boleh dimakan begitu sahaja atau kalau nak sedap, cicah la sos cili. Tapi takde sos pun takpe dah. 


Resepi Dumpling Soup


Dumpling soup ni dah buat kelmarin sebenarnya, cuma baru nak update harini. Rupa dia kurang cantik sebab tak cukup daun bawang. Takde hiasan sangat tapi rasa dia sedap betul. 
So first thing first, kita akan buat ketulan Dumpling ni dulu. Kulit dia ni boleh dapat banyak tau. Beli je dekat grocery store. Harga dalam Rm3 macam tu.

Bahan-bahan dumpling
🍗Ayam
🌼Daun bawang
🌼Lada putih
🌼Serbuk bawang putih
🌼1/2 Bawang besar
🌼Garam

Cara-cara
1. Blend ayam yang belum dimasak ke dalam meat grinder.
2. Masukkan semua bahan 🌼 campur dalam ayam. Gaulkan dan set aside
3. Sediakan air dalam piring dan 2 pinggan.
4. Cedok inti dan letak kat tengah dan atas kulit dumpling tu, sapukan air di keliling kulit dumpling dan lipat dua. Dah jadi bentuk sfera atau separuh bulatan, pusingkan separuh lagi dan lipat seperti dalam gambar 👆. Letakkan air lagi untuk lekatkan. Dia akan jadi bentuk bulat gemuk cam tu.

Bahan-bahan sup
🌸Bawang putih
🌸Daun bawang
🌸Kiub ayam

Ok sup dia simple je 
1. Mula-mula tumis kan bawang putih dan daun bawang.
2. Masukkan air dan ambil separuh kiub ayam
3. Masukkan garam dan serbuk perasa
4. Masukkan dumpling tadi ke dalam sup dan siap! Bolehlah dimakan bersama Chili oil.

Kalau untuk chili oil tu simple je. Chili flakes, minyak panas dan kicap. Memang kenyang makan benda ni. Perfect combination la dengan chili oil. ❤️


Resepi Bihun Goreng


Bahan-bahan
🌸Bihun x3 ambil
🌸Cili kisar
🌸Ayam
🌸Sos cili
🌸Sos tiram
🌸Kicap
🌸Lada putih
🌸3 ulas Bawang putih
🌸1/2 Bawang besar
🌸Pak choy

Cara-cara
1. Tumbuk bawang putih dan bawang besar
2. Tumis bawang-bawang dan masukkan cili kisar.
3. Masukkan ayam, dan kacau lalu masukkan sos tiram, cili, kicap, lada putih garam dan gula
4. Masukkan bihun yang telah dicelur dengan air panas 15 min
5. Gaul-gaul dan tambah apa yang patut secukup rasa. 
6. Lastly masukkan sayur pakchoy yang telah di potong empat. Siap

Boleh makan bersama telur dadar. Sebenarnya ni first time buat. Semua cakap sedap hehe cuma putus-putus. Rupa tu tak cantik la. Sebab guna air panas kot time rendam.  Patutnya rendam pakai air biasa je 20 min. Next time kita try lagi. Ok bubyee 😘

Sunday, 18 February 2024

Resepi Ayam Masak Merah


Bahan - bahan
🌼Cili kisar (cili kering +bawang besar+bawang putih)
🌼Bawang besar 
🌼Serai (dititik)
🌼Tomato (blend)/sos tomato 
🌼Sos cili

🌸Ayam 4 ketul 
🌸Kunyit 
➡️Air fry Ayam yang digaul dengan kunyit dan garam selama 175° 15 min 

Cara - cara
1. Panaskan minyak dan masukkan serai
2. Masukkan cili kisar
3. Masukkan ayam yang telah di fry dan bawang. 
3. Masukkan sos cili, tomato, gula, garam dan serbuk perasa. Siap!

Sedappp resepi ni macam kat kedai makan. Sebab ada serai kot. 10/10

Resepi Kubis Masak Lemak

Hari ni lunch ayam masak merah dan kubis masak lemak. Ya Allah gabungan yang sangat sedap walaupun 2 lauk je 
Kalau gi kedai ada dua lauk ni mesti akan ambil sebab match la rasa dia
Bahan - bahan
🌸Kubis
🌸1 biji cili besar 
🌸1 s/b udang kering
🌸1/2 Bawang
🌸1/2 kotak kecil santan

Car-cara
1. Basuh udang kering dan tumbuk.
2. Masukkan air dalam pot bersama udang kering, bawang besar dan bahagian bawah kubis (yang agak keras) dan buka api
3. Kemudian masukkan kubis
4. Masukkan santan, garam, aji/serbuk perasa
5. Hiris kan cili api dan tabur ke dalam pot. Siap dihidangkan